[Video] Tiba Tiba Lelaki Ini T3rjun Ke Dalam Tasik Cermin Ipoh

IPOH – Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin di sini menjadi tular di aplikasi Tiktok sejak semalam.

Video berdurasi kira-kira 15 saat yang dimuat naik pemilik akaun bernama Syafiruzafiza tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ia memaparkan lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan seolah-olah dia sedang bermandi-manda di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong di Ipoh.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki berkenaan memandangkan perbuatannya boleh menyebabkan kawasan rekreasi tersebut ditutup kepada pengunjung.

“Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ini jadi menarik nanti tukar jadi berh4ntu pula,” ujar seorang individu.

“Orang Ipoh pun tak ada nak buat macam itu, tak pasal tempat ini tutup nanti,” ujar Simpleedititon pula.

Sementara itu, pemilik akaun berkenaan memaklumkan dia juga masih tertanya-tanya sehingga hari ini kenapa lelaki berkenaan terjvn ke dalam tasik tersebut.

Sehingga jam 10 malam ini video berkenaan mendapat lebih 320,000 tontonan dengan jumlah komen lebih 350.

Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika dihubungi Kosmo! memaklumkan orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik tersebut manakala siasatan juga akan dilakukan bagi mengetahui kejadian berkenaan.

VIDEO:

 

Sumber: K! Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://kisahbena.com

Be the first to comment on "[Video] Tiba Tiba Lelaki Ini T3rjun Ke Dalam Tasik Cermin Ipoh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*