“Saya Bawa Agen Ramai, Biarlah Rezeki Itu Berkat,” – Liza Hanim Tak Rela ‘Buat Hal’, Cuba Pertahan Imej Bersih

Penyanyi Liza Hanim memilih untuk tidak menjadikan elemen sensual atau mencipta konten ekstrem demi melariskan produk meski tidak menafikan cara tersebut kemungkinan berkesan dalam aspek strategi pemasaran.

Bagaimanapun demi maru4h dan mencari keberkatan, Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 42, tidak sanggup melakukan perkara yang cenderung kepada isu viral yang tidak baik.

“Terus-terang, saya tak sanggup. Dalam nyanyian pun saya tak buat macam tu. Namun anak sulung, Marsya Qistina pernah cakap, ‘mama kena buat hal’. Sampai m4ti saya akan ingat.

“Saya kata padanya, kalau ada satu ‘hal’ yang mama lakukan, sampai bila-bila orang akan tengok di internet. Cuba awak cari di intenet, apa hal yang mama buat, 20 yang lepas?

“Tetapi saya tahu perkara tersebut sebagai sebahagian strategi marketing. Cuma rasanya saya belum sanggup berbuat demikian. Kalau menari di TikTok macam ‘comel-comel’ tu bolehlah.

“Atau kalau nak menari pun, biarlah ia dilakukan betul-betul ikut rentak tapi tidak yang bukan-bukan. Andai ada keperluan, mengapa tidak tapi biar berpada-pada,” katanya.

Penyanyi lagu Merawat Lvka ini ditemui pada Sepetang Bersama Liza Hanim di Bateriku Podium, Bukit Jelutong, baru-baru ini.

Sesi berkenaan dianjur sebagai meraikan pembeli bertuah yang mendapatkan set lengkap wangian keduanya, Holiday di bawah jenama HANIM.

“Saya mahu keberkatan. Saya bawa agen yang ramai dan biarlah rezeki itu berkat. Kalau lambat pun tak apalah. Saya sedar mungkin elemen sebegitu ‘jalan’, tapi keberkatan pun penting jugakan. Masing-masing ada cara, pilihan di tangan kita mahu yang bagaimana,” katanya lagi.

Lebih setahun mengusahakan bisnes tersebut, Liza pada masa sama tidak menafikan fasa p4ndem1k C0vldl9 turut menjej4skan perancangan sedia ada.

Namun dia cuba bangkit mengenangkan visi memulakan bisnes ini antara lain bagi membantu orang menjana pendapatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HANIM MALAYSIA (@hanimtheofficial)

“Saya percaya ramai yang bergelvt dan terkesan sepanjang p4ndem1k dan saya juga tidak terkecuali. Ketika itulah saya cuba cari ilmu dan belajar memandangkan pengalaman agak kurang dalam bisnes yang membabitkan pengguna.

“Alhamdulillah semuanya kini semakin baik dan perniagaan pun makin berkembang. Saya sudah mempunyai 200 ejen berdaftar. Tahun depan, sasaran saya seramai 500 ejen, insya-Allah,” katanya.

Liza turut terbuka kepada mereka yang berminat mahu menyertai HANIM sebagai agen atau dropship.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Saya Bawa Agen Ramai, Biarlah Rezeki Itu Berkat,” – Liza Hanim Tak Rela ‘Buat Hal’, Cuba Pertahan Imej Bersih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*