“Saya Pernah J4tuh-Sej4tuhnya & Tawar H4ti,” – Penuhi Permintaan Ibu, Danial Zaini Terh4ru Dapat Layak Ke Final MLM2021

Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini mengakui dirinya berasa amat terh4ru selepas berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulannya, Tiro.

Menurut Danial, dia sebenarnya pernah berasa tawar h4ti untuk bertanding di pentas besar tersebut selepas penyertaannya pada tahun 2017 disifatkan sebagai g4gal.

Bagaimanapun, Danial menyifatkan penglibatannya pada edisi kali ini sebenarnya adalah bagi memenuhi permintaan ibunya.

“Rezeki itu Hak Milik Allah SWT. Selepas 5 tahun. Satu titik hitam yang tak mahu saya ulangi tapi pintu hati terbuka untuk sertai MLM tahun ni untuk penuhi hajat mak nak tengok saya di pentas MLM sekali lagi.

“Dan Alhamdulillah pertama kali saya akan jejakkan kaki di pentas akhir #maharajalawakmega21 . Satu pentas saya pernah j4tuh sej4tuhnya dan tawar h4ti tapi Allah buka rezeki itu melalui kumpulan #Tiro ,” tulisnya.

Liahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Era itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)

Dikesempatan itu juga, Danial turut merakamkan ucapan penghargaan buat rakan kumpulannya Sharif Zero dan Syaiful Zero yang sama-sama berjuang sepanjang penganjuran pertandingan ini.

Malah, bekas juara program, Lawak Solo ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Terima kasih abang-abangku @sharif_zero dan @syaiful_zero . Percayalah pada rezeki Allah. Kerana rezeki itu tidak pernah salah alamat masa dan waktu. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga Danial akan lebih sukses lagi selepas ini.

Terdahulu, selain Tiro antara kumpulan yang turut melayakkan diri ke pentas akhir MLM2021 termasuklah Tobat, Puteh, Bahye dan Boro.

Pentas Akhir MLM2021 bakal berlansgung pada Jumaat ini jam 9 malam di saluran Astro Warna dan Astro Go.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Saya Pernah J4tuh-Sej4tuhnya & Tawar H4ti,” – Penuhi Permintaan Ibu, Danial Zaini Terh4ru Dapat Layak Ke Final MLM2021"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*