Tak sempat jamah sup tulang, pekerja pelantar minyak m4ut selepas beritahu isteri ‘ikhlas nak tolong’ baiki bumbung jiran… beri banyak petanda

SIAPA sangka, perubahan luar biasa yang ditunjukkan seorang suami selama seminggu rupa-rupanya petanda lelaki itu bakal pergi buat selama-lamanya.

Pemergian Mohd Nazeri Mamat, 31, kerana terjatuh ketika sedang membantu membaiki bumbung rumah jiran, begitu mengejutkan isterinya, Siti Noor Atikah Che Ghani.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Atikah berkata, pada hari kejadian, arw4h membantu bapanya membaiki bumbung rumah seorang jiran yang sudah tua kerana sifat belas kasihannya yang tinggi.

“Arwah suami kerja di pelantar minyak dan ketika kejadian itu dia sedang bercuti. Kebetulan bapa saya baiki bumbung rumah jiran, jadi dia pun nak menolong. Dia kata nak tolong ikhlas.

“Ketika kejadian pada 27 Julai lalu, arwah keluar rumah sekitar pukul 8 pagi. Tapi dia balik semula rumah pukul 9 pagi sebab katanya barang belum sampai. Masa tu saya tengah masak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dia ada request nak makan sup tulang. Sebelum dia keluar semula, dia tinggalkan pesan… katanya jaga diri dan anak. Nak makan tengah hari dulu pun tak apa, dia kata InsyaAllah balik dia makan. Tapi saya memang biasa tunggu dia.

“Sekitar 11 pagi, saya dapat panggilan telefon daripada jiran. Kebetulan adik pun ada sana. Adik balik rumah sambil men4ngis-n4ngis dan beritahu suami jatuh dan kepalanya berdar4h.

“Saksi kata dia jatuh kepala dulu. Sebelum jatuh, dekat atas tu dia pejam mata. Orang panggil tak respon, kemudian dia tiba-tiba jatuh,” cerita Atikah mengimbas kembali detik kehilangan suaminya.

bumbung 2

Atikah berkata dirinya beruntung kerana arw4h suaminya seorang yang ringan tulang dan baik hati.

Menurut wanita berusia 27 tahun yang menetap di Terengganu itu, suaminya segera dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya terus bergegas ke hospital. Doktor cakap kepalanya penuh dar4h beku dan otak bengk4k. Saya minta doktor berterus-terang mengenai keadaan suami dan akhirnya doktor terpaksa beritahu, suami tak ada harapan.

“Masa doktor beri peluang jumpa suami yang masih koma, saya bisik dekat dia… saya cakap saya akan jaga anak kami yang ketika itu berusia 11 bulan baik-baik, saya reda apa yang terbaik. Selepas saya ajar mengucap, nampak air matanya mengalir.

bumbung 1

Gambar kenangan ketika hari persandingan.

“Tak lama kemudian, pukul 8.12 malam, suami hembuskan nafas terakhir di hadapan saya dan kedua ibu bapanya. Mudahnya cara dia pergi,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.

Hampir lima bulan sejak pemergian arw4h, Atikah yang merupakan akauntan di sebuah syarikat swasta mengakui dia masih bersed1h kerana semuanya berlaku secara mengejut, namun akhirnya dia memilih untuk reda dengan ketentuan Allah.

“Saya baru habis edah. Rindu… sampai sekarang rindu. Bila diimbas semula, rupa-rupanya arwah dah banyak bagi petanda. Masa dia balik bercuti dari pelantar, dia kata macam nak rehat lama.

Saya minta doktor berterus-terang mengenai keadaan suami dan akhirnya doktor terpaksa beritahu, suami tak ada harapan.

SITI NOOR ATIKAH CHE GHANI

ISTERI

“Kemudian seminggu sebelum kejadian, dia akan bertafakur di sejadah dan pasti dia ambil anak perempuan kami, dia letak di depan sejadah. Setiap kali solat waktu selama seminggu tu.

“Rasa macam tertanya-tanya juga tapi tak terlintas apa-apa pun. Dari segi perwatakan, arw4h seorang yang ringan tulang. Kalau saya tak sihat, dia ambil alih buat kerja rumah,” ujarnya.

Tidak menyangka video berkenaan meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di TikTok, Atikah berkata sejujurnya dia hanya memuat naik untuk kenangan sendiri.

bumbung 3

Anak tunggal Atikah dan arwah suaminya kini berusia setahun lebih.

“Namun Alhamdulillah, ramai yang mendoakan arwah. Terima kasih atas doa dan kata-kata sokongan semua.

“m4ti tu pasti. Arwah pun ada pesan, kalau orang tu pergi dulu, adalah kerana orang tu baik. Bila orang terdekat pergi, itu adalah hint untuk kita ingat kem4tian,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Tak sempat jamah sup tulang, pekerja pelantar minyak m4ut selepas beritahu isteri ‘ikhlas nak tolong’ baiki bumbung jiran… beri banyak petanda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*