Bad Indigo j4tuh s4kit selepas kahwin, Ashira kini terpaksa ambil upah basuh pinggan di kedai makan

MASALAH kesihatan yang dihadapi Bad Indigo sehingga lima jari kaki terpaksa dip0tong tidak menjejaskan kasih sayang isterinya iaitu penyanyi Ashira untuk terus berada di sisi.

Ikhlas menerima keadaan itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menganggap apa yang sedang mereka lalui adalah satu ujian dalam rumah tangga.

“Tak tahu nak kata apa, ini adalah ujian selepas berumah tangga dengan dia tiba-tiba j4tuh s4kit.

“Semasa Cov1d-19 ni besar dugaan saya hadapi. Saya dan ahli keluarga positif Cov1d-19, kemudian saya kehilangan mak tiri disebabkan v1rus itu juga,” katanya kepada mStar.

Tidak mahu patah semangat, Ashira berkata dia sentiasa berfikiran positif dan menerima ujian yang diberikan Allah.

Ashira terima kekurangan Bad seadanya.

Bad berdepan kesukaran untuk berjalan apabila lima jadi kaki terpaksa dibuang.

Kata bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini, dia banyak berdoa agar diberikan kekuatan untuk berdepan ujian yang datang.

“Semasa Cov1d-19 ni juga saya rasa tak kuat dah sebenarnya, saya down g1la-g1la sebab banyak ujian.

“Tapi saya fikir balik saya perlu jadi kuat, sebab apa-apa pun yang jadi bukan kita minta dan kita minta pada Allah agar permudahkan segalanya,” ujarnya.

Weekend saya kerja kedai makan kawan saya dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order.

ASHIRA AZIZ

PENYANYI

Dalam pada itu, bercerita tentang sumber pendapatannya, Ashira berkata, dia melakukan kerja sambilan di sebuah restoran di Puchong, Selangor pada setiap hujung minggu.

Dia juga membuat reviu berbayar di Instagram bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

“Saya tak ada kerja semenjak habis Gegar Vaganza (GV) dan PKP sampai sekarang memang tak ada kerja nak buat, saya just buat review la sedikit sebanyak dapat membantu.

SADDASD

Ashira akan terus berada di sisi suaminya Bad Indigo.

“Saya masih menanti kalau ada panggilan untuk menyanyi tapi masih belum ada rezeki, weekend saya kerja kedai makan dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order.

“Nak cakap struggle tu tak, Alhamdululliah cukup makan, ada tempat tinggal. Selain itu ada beberapa insan dan kawan-kawan yang tolong,” ujarnya.

Pada 30 November lalu, mStar melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dip0tong akib4t peny4kit diab3tes.

Saya tak kisah dapat bantuan asnaf..” Bad Indigo Kini Sangat Perlukan Wang

Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdulah atau Bad, 46, mengakui memerlukan wang yang banyak untuk proses rawatan selepas semua jari kaki kirinya dipotong akibat diabetes, September lalu.

Bad ketika dihubungi berkata, dia perlu ke klinik untuk proses mencuci luka dengan bayaran RM35 setiap kali rawatan.

“Saya terpaksa lakukannya di klinik swasta kerana di klinik kerajaan terpaksa tunggu lama sedangkan saya memang tak larat untuk berbuat begitu,” katanya.

Bad berkata, proses mencuci luka itu perlu dilakukan selang sehari dan setiap minggu dia perlu memperuntukkan kira-kira RM140.

“Ia sesuatu yang sukar sedangkan saya tiada cara lagi untuk dapatkan wang kerana sudah setahun hilang pendapatan,” katanya kepada Harian Metro.

Bad berkata, dalam keadaan sekarang memang sukar untuk dia bekerja.

Pekerjaan saya dulu pun dalam pengendalian acara. Apabila berlaku penularan Covid-19, tiada acara dapat diadakan.

“Kalau ada pun, saya tak boleh bergerak. Satu lagi kepakaran saya ialah buat kertas kerja acara untuk orang, tapi malangnya acara pun tiada sekarang,” katanya.

Menurutnya, untuk menjual makanan pula dia tidak mempunyai kepakaran memasak, manakala untuk membuat ulasan berbayar dia tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

“Saya juga minta tolong keluarga seperti kakak apa yang boleh dibantu. Mak pun banyak bantu dari segi kewangan. Siapa yang nak susahkan emak dan adik-beradik tapi dah terpaksa. Dah tiada cara lain.

“Isteri saya, Ashira sebelum ini pernah menyanyi di platform MICO. Mula-mula okey tapi lama-kelamaan banyak syarat menyusahkan dan terpaksa berhenti,” katanya.

Bad berkata, Ashira boleh menjana pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 sebulan ketika itu.

“Sekarang memang dah tiada langsung. Syukur buat masa ini kami tidak putus makanan lagi. Saya harap sangat ada kerja untuk cari pendapatan.

“Selepas ini saya bercadang untuk minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekurang-kurangnya dapatlah RM300 sebulan. Saya pun tak kisah jika dapat bantuan asnaf kerana sangat memerlukan wang,” katanya.

Bad berkata, dia kini bergantung kepada pengeluaran wang skim i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan.

“Ia cuma untuk lima bulan saja. Lepas itu entahlah, harapnya ada lagi sambungan. Wang itulah saya gunakan tanggung anak-anak, nafkah isteri dan membayar bil rawatan. Nasib baik untuk rawatan hospital saya dapat kad OKU (Orang Kelainan Upaya) dalam sebulan, kira okeylah.

“Sebelum itu saya kena bayar ribuan ringgit. Untuk proses potong sepenuhnya jari kiri kaki saya di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tiga minggu lalu pun dibiayai sepenuhnya untuk pembedahan. “Namun saya kena bergerak menggunakan perkhidmatan Grab untuk rawatan susulan. Status OKU banyak membantu saya,” katanya.

Pembedahan itu juga membuatkan pergerakan Bad terbatas dan terpaksa menggunakan ‘walker’ kerana tidak boleh memijak lantai.

“Setengah tapak kaki kiri dipotong dan sebahagian kulit tapak kaki ditolak ke atas dan dijahit, tapi lukanya terbuka. Itu yang s4kit apabila memijak. Bila daging naik dan sebati dengan kulit baru okey

Suami bakal cacat kekal, Ashira hanya mampu berdoa

KEHIDUPAN di dunia ini penuh dengan ujian. Namun, setiap dugaan yang datang itu diakui perlu ditempuh dengan penuh kesabaran dan reda.

Biarpun belum sempat mengecap kemanisan alam berumah tangga, penyanyi Ashira dan suaminya yang juga anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad, 46, akur dengan ujian yang menimpa mereka.

Masakan tidak, selepas dua minggu diijabkabulkan pada 11 Mac lalu, Bad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani pembedahan memotong satu jari kaki kiri yang luka akibat penyakit diabetes dihidapinya.

Bagaimanapun, Bad sekali lagi dimasukkan ke PPUM pada 9 Mei lalu.

Namun, kali ini tiga jari kaki sebelah kirinya pula terpaksa dipotong untuk mengelakkan bakteria merebak ke ibu jari kaki.

Ujian terhadap Bad tidak terhenti di situ saja apabila ibu jari kakinya juga kemudian, perlu dipotong akibat gangren.

“Apa yang pasti, suami saya belum sihat sepenuhnya lagi. Empat jari kaki sebelah kirinya sudah tiada, luka kesan daripada pembedahan itu yang masih belum baik.

“Berkemungkinan, selepas ini ibu jari kaki kirinya pula akan dibuang kerana sudah hitam.

“Bagaimanapun, Bad kini sudah dibenarkan pulang ke rumah, tetapi selang sehari perlu berulang ke klinik untuk mencuci luka di kakinya dan dia juga perlu sentiasa makan ub4t.

“Suami kini, memang terpaksa bergantung kepada tongkat sahaja untuk dia berjalan, badannya sudah semakin susut berikutan kurang selera makan.

“Kami kini sedang menantikan temu janji seterusnya daripada pihak hospital. Baru-baru ini, kami ada ke hospital tetapi diminta menunggu dahulu,” kata Ashira lagi.

ASHIRA bersama suami, Bad yang kini terpaksa bergantung kepada tongkat untuk berjalan.

Menurutnya, ujian yang terpaksa mereka berdua lalui cukup berat, namun dia perlu kuat demi suaminya itu. Ujarnya, Bad perlukan sokongan semangat yang padu daripada keluarga.

Kata Ashira, suaminya juga tidak pernah menunjukkan tanda putus asa meskipun, dia tahu yang jauh di sudut hati suaminya pasti terselit sedikit kekecewaan kerana perlu menanggung kes4kitan itu.

Malah katanya, Bad juga sering meminta maaf kepadanya kerana terpaksa mengharungi semua ujian itu di awal perkahwinan mereka yang masih baharu dibina.

“Setakat ini, suami saya tidak pernah menunjukkan kekecewaan mahupun kesedihannya. Tapi, saya tahu dia memendam rasa sedih, kec3wa dan pada masa sama terpaksa menahan s4kit.

“Sebagai manusia biasa, saya akui ada ketika berasa tertekan juga lebih-lebih lagi, kami baharu saja berumah tangga. Boleh dikatakan, kami belum sempat pun merasai kemanisan perkahwinan.

“Sesekali timbul juga pertanyaan dalam hati saya, kenapa seberat ini ujian yang diberikan untuk kami. Malah, ada masanya timbul juga rasa kecewa.

“Tapi saya perlu reda kerana semua itu sudah tertulis dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya kini hanya mampu berdoa untuk lebih kuat, demi suami,” katanya.

Kenali Bad/ Indigo

Bad merupakan anggota kumpulan Indigo di mana kumpulan ini pernah berentap dalam musim 2020 program realiti, Gegar Vaganza ketujuh (GV7).

Dianggotai tiga orang ahli iaitu Badrul Izhan atau nama komersialnya, Bad, 45, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin atau Shah, 46 dan Shahrul Nizam atau Zam, 45.

Deretan lagu popular yang pernah dirakamkankan Indigo seperti Suraya, Andai Kau Pergi, Istimewa, Gadis Misteri, Sehidup Semati (duet bersama Juliana Banos) dan banyak lagi.

Pernah bernaung di bawah label KRU Records. Seangkatan dengan kumpulan era 90-an yang lain, antaranya Elite dan A to Z.

Lagu Suraya yang melonjakkan nama mereka merupakan lagu asal kumpulan Headwind yang dirakamkan semula dengan nafas baharu.

Bad aktif melakukan kerja-kerja disebalik tabir dan memegang peranan sebagai event manager.

Rakan Bad, Shah Indigo pula adalah suami kepada penyanyi Liza Hanim yang merupakan peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) dan dinobatkan naib juara dalam musim berkenaan.

Bad berkahwin dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021, mereka mula jatuh cinta sewaktu sana-sama menyertai GV7.

Sebelum ini, Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 2006 namun bercrai pada 2015. Hasil perkahwinan tersebut, Ashira dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi, 15.

Bad pula pernah bernikah pada 2007 dan bercrai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan, 12 dan Rania, 11.

 

Sumber:hmetr0

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://transformasi.host

Be the first to comment on "Bad Indigo j4tuh s4kit selepas kahwin, Ashira kini terpaksa ambil upah basuh pinggan di kedai makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*