“Dah Kering Air Mata. Cukvp Sek4dar 0rang Tahu Kami Berpis4h..” Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri reda jodohnya dengan penyampai radio, Fizi Ali tidak panjang apabila berakhir dengan perpisahan selepas tiga tahun berkahwin.

Menerusi laporan BH Online, pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri itu mengakui terlalu peribadi bagi berkongsi punca perpisahan namun percaya dengan ketentuan Allah SWT.

“Saya tahu berita ini amat mengejutkan, bukan hanya orang luar yang tidak rapat dengan kami, malah, sanak saudara dan rakan-rakan juga terkejut.
“Jujurnya, saya dan Fizi sudah cuba untuk memperbetulkan hubungan, tetapi, akhirnya mungkin perpisahan boleh membuka fikiran dan hati masing-masing untuk memandang lebih jauh.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

“Jika ditanya apa perasaan, saya memang sangat sedih hingga tahap sudah tiada air mata untuk ditangisi. Sayang memang terlalu sayang pada ikatan kami tiga beranak,” katanya.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata, cukup sekadar orang ramai mengetahui tentang perpisahan tersebut yang disifatkan satu pembelajaran buat mereka.

“Faktor dan puncanya, saya minta maaf. Biarlah ia menjadi rahsia yang terpendam, saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.
“Saya anggap perkara sudah berlaku dan tidak perlulah memanjangkan cerita mengenai kenapa kami mengambil keputusan untuk berpisah,” ujarnya.

Tambah pelakon drama Aku bukan Bimbo itu, dia tidak mahu salah dalam memberi kenyataan apatah lagi dirinya dan bekas suami berada dalam industri sama.

“Walaupun ia berkaitan dengan orang lain, tetapi perkara ini sudah berlaku. Jadi, saya cukuplah dengan penjelasan ini,” kongsinya.

Terdahulu, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

 

Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my

Be the first to comment on "“Dah Kering Air Mata. Cukvp Sek4dar 0rang Tahu Kami Berpis4h..” Shakilla Khoriri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*