Jihan Muse Hos GV Digantikan Dengan Kak Lina Pom Pom, Ini Rupanya Yang Terjadi Dengan Jihan

Hos Gegar Vaganza 8 (GV8), Jihan Muse antara mangsa yang terperangkap dengan fenomena banjir besar yang melanda kebanyakan kawasan di Shah Alam dan Klang, Selangor.

Hal itu menyebabkan Jihan tidak dapat merentas destinasi untuk mengacarakan program mingguan GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Menerusi panggilan video bersama Jihan seawal konsert kelima GV8 malam tadi, pengacara itu memaklumkan kediamannya antara yang terjejas namun keadaannya sekeluarga selamat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Saya sudah check, kenderaan saya okey dan kami antara yang terselamat.

“Saya tak tahu nak cakaplah. Saya dah duduk Shah Alam sudah 30 tahun, tak pernah banjir pun sebenarnya, inilah kali pertama.

“Musibah yang melanda ini adalah musibah yang kita tak bersedia untuk hadapi dan tiada persediaan sebab bukan kawasan yang biasa dilanda b4njir. Jadi, agak terkejut juga.

“Kita dah hadapi pelbagai musibah dalam dua tahun, walau terkejut tapi ada ketenangan juga kita agak cool. Alhamdulillah ini ada hikmahnya.

“Tapi untuk saya sendiri, dalam rumah sendiri tiada apa-apa tapi dalam rumah mak saya banjir air masuk. Mak cik saya, saudara mara di Hulu Langat air sampai paras bumbung. Paling teruklah!” katanya menerusi panggilan video ketika siaran langsung GV8.

Sehubungan itu, Jihan menggantikan posisinya sebagai hos mingguan dengan artis versatil, Elly Mazlein atau lebih popular kini dengan panggilan Kak Lina Pom Pom.

Tampil serba merah pada konsert malam tadi, Kak Lina berjaya menyelamatkan acara dan mengemudi program itu dengan jayanya bersama hos tetap, Nabil Ahmad.

Difahamkan, Jihan bakal kembali mengacarakan GV8 pada minggu hadapan seandainya keadaan negara kembali pulih.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Jihan Muse Hos GV Digantikan Dengan Kak Lina Pom Pom, Ini Rupanya Yang Terjadi Dengan Jihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*