PM ded4h punca makanan utk mgsa banjir lewat tiba. Sekali rakyat bagi cadangan lain “Pinjam heli menantu tu”

KLANG – [DIKEMASKINI] Penghantaran makanan pada Sabtu agak lewat kerana banyak jalan di Selangor ditutup akibat ditenggelami air berikutan taburan hujan yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mendapati taburan hujan yang turun pada sepanjang Sabtu bersamaan dengan jumlah hujan selama sebulan.

“Sebab itulah berlaku tiba-tiba seperti itu (taburan hujan banyak), maka berlakulah kekalutan kerana tidak ada persediaan untuk berpindah rumah sehingga ada yang duduk di rumah untuk diambil oleh agensi-agensi terlibat akibat air yang naik dengan cepat.

“Makanan tidak dapat dihantar pada Sabtu kerana banyak jalan ditutup, ditenggelami air, kalau ada ada pun atas jalan raya dipenuhi dengan kenderaan yang tersangkut dan tidak memungkinkan dilalui untuk hantar makanan.

“Kalau di kawasan yang tidak boleh dilalui, kita akan gunakan helikopter untuk menghantar makanan kerana bagi kita, hari ini isu ini tidak sepatutnya timbul kerana semua yang berlaku semalam kita anggap selesai.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat khas di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya memaklumkan menerima laporan tentang keadaan banjir terkini di Selangor.

Ujarnya, bilangan mangsa yang terlibat dalam banjir meningkat dari 6,000 kepada lebih 11,000 yang berada di PPS Selangor setakat Ahad, manakala jumlah pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat daripada 48 sehingga 103 buah di negeri tersebut.

“Saya difahamkan ada beberapa kawasan mungkin akan mulai surut airnya kerana dari segi laporan yang kita dapati untuk Selangor, Sungai Klang air dah semakin menurun, Sungai Selangor meningkat, Sungai Langat mendatar, tidak naik dan tidak turun.

“Bila kita ada gambaran awal seperti ini, kita boleh bersedia dari awal, jadi saya harap walaupun ada tempat yang dinaiki air di Selangor, tidak akan timbul sebarang isu seperti ini kerana kita sudah bersedia.

“Oleh kerana negeri-negeri Pantai Timur sentiasa bersedia untuk menghadapi banjir ketika musim tengkujuh, jadi isunya walaupun mungkin ada, tapi tidak seteruk Selangor kerana banjirnya datang secara tiba-tiba dan tidak pernah berlaku pun,” katanya.

“Kalau nak menunjuk saya dah buat OOTD” – Jovian jawab isu naik helikopter, tak guna aset kerajaan

Kuala Lumpur: Menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie menafikan dirinya menggunakan helikopter milik kerajaan untuk kegunaan peribadi bagi menyelamatkan diri daripada terkandas akibat banjir.

Menerusi hantaran di Instagram rasminya, Jovian yang juga pereka fesyen terkenal menegaskan, dia tidak akan sesekali menggunakan harta benda yang bukan miliknya selain menganggap tuduhan terbabit satu fitnah.

“Isu helikopter, tak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah ‘posing’ dan buat video serta bergambar sakan.

“Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu. Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.

“Kalian nak maki hamun saya silakan, tapi itu adalah fitnah. Kenapa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai? Jawapannya, itu adalah helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Menurut Jovian lagi, jika kehadirannya menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir pihak, dia berharap individu terbabit boleh berhenti mengikuti perkembangannya di media sosial.

“Kalau awak tak suka saya, jangan ikuti saja (di media sosial). Lebih baik bantu negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul terhadap saya.

“Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak sertai turun padang agihkan makanan ‘roger’ saya,” katanya.

Terdahulu Jovian mendakwa difitnah apabila dia dikatakan menaiki helikopter kerana status sebagai menantu kepada Perdana Menteri.

Disebabkan itu, Jovian juga dikatakan mendapat akses mudah untuk menyelamatkan diri daripada terkandas akibat banjir yang berlaku di Lembah Klang ketika ini

Penjelasan Jovian berhubung isu yang tular.

‘Gunakanlah segala aset ’

SHAH ALAM – Orang ramai mendesak kerajaan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) supaya bertindak lebih pantas dalam menyalurkan bantuan termasuk menyalurkan makanan kepada mangsa banjir dengan menggunakan segala aset.

Mereka luahkan beberapa permasalahan yang dihadapi antaranya soal kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan, selimut serta keperluan asas lain.

Peniaga, Muhammad Hafizul Sidi, 27 berkata, kerajaan perlu peka terhadap pengagihan bantuan bekalan makanan kepada rakyat apabila berlakunya bencana banjir teruk sehingga menyebabkan mereka terkandas.

“Dengan adanya bekalan makanan, mangsa banjir boleh bertahan sementara menunggu bot penyelamat datang membawa mereka ke pusat perlindungan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Selain itu, pekerja swasta, Jamirul Hafiq Izaidi Jalaludin, 27 berkata, prestasi kecekapan bot-bot penyelamat terutamanya dalam musim banjir perlu dipertingkatkan.

“Pantau media sosial, cari mangsa banjir dan kalau boleh bantuan makanan dan pengangkutan itu perlu segera sampai ke tempat mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Menurut operator, Mohamad Zarif Mohd Zamri, 27, kerajaan seharusnya memastikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir tidak terlalu sesak bagi mematuhi prosedur operasi standard.

“Kalau pusat pemindahan sesak dengan mangsa banjir, takut akan menyebabkan berlakunya penular4n Covid -19 sehingga menyebabkan wujudnya kluster baru,” menurutnya.

Suri rumah, Sakinah Aminah Husin, 60 berkata, kerajaan disaran menyediakan kit ujian Cov1d-19 kepada mangsa banjir supaya mereka melakukan ujian saringan terlebih dahulu sebelum ditempatkan bersama mangsa yang lain.

“Ianya penting agar pencegahan awal dapat dilakukan. Seeloknya, jika kita tahu mereka positif, kita boleh mengasingkan atau kuarantinkan mereka di ruangan yang lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, peniaga, Nik Muhammad Farihan Nik Mohd Anuar, 27 berkata, kerajaan perlu berusaha mengenal pasti punca dan menyediakan peralatan yang cukup bagi membantu m4ngsa-m4ngsa banjir dalam menghadapi benc4na tersebut.

“Buat masa sekarang, kerajaan perlu mengambil data dan pengalaman dari tempat-tempat biasa berlaku banjir dan mengambil tahu cara-cara menghadapi situasi banjir di negara ini,” katanya.

Selain itu juga, Guru, Siti Zulaikha Ismail, 30 berkata, kerajaan juga perlu fikirkan kepentingan rakyat yang dalam kesusahan menghadapi bencana berbanding mendahulukan agenda kepentingan parti.

“Pada saat yang genting dan semua orang dalam kesusahan, pihak berwajib dan pihak bertanggungjwab seharusnya mengetepikan perbezaan politik dan fokus kepada memberi bantuan kepada m4ngsa-m4ngsa banjir,” jelasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, penghantaran makanan pada Sabtu agak lewat kerana banyak jalan di Selangor ditutup akibat ditenggelami air berikutan taburan hujan yang tinggi.

Beliau berkata, laporan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mendapati taburan hujan yang turun pada sepanjang Sabtu bersamaan dengan jumlah hujan selama sebulan.

“Sebab itulah berlaku tiba-tiba seperti itu (taburan hujan banyak), maka berlakulah kekalutan kerana tidak ada persediaan untuk berpindah rumah sehingga ada yang duduk di rumah untuk diambil oleh agensi-agensi terlibat akibat air yang naik dengan cepat.

“Makanan tidak dapat dihantar pada Sabtu kerana banyak jalan ditutup, ditenggelami air, kalau ada ada pun atas jalan raya dipenuhi dengan kenderaan yang tersangkut dan tidak memungkinkan untuk lalu hantar makanan.

“Kalau di kawasan yang tidak boleh dilalui, kita akan gunakan helikopter untuk menghantar makanan kerana bagi kita, hari ini isu ini tidak sepatutnya timbul kerana semua yang berlaku semalam kita anggap selesai,” katanya.

Muak menunggu, ATM turun bantu m4ngsa banjir

PETALING JAYA: Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritik4n mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan.

Kerajaan negeri Selangor juga tidak pasti untuk melibatkan pihak tentera, katanya.

“Sampai suatu tahap, kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA.

“Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” katanya.

ATM mula bergerak ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir selepas solat Jumaat.

Pada petang Ahad, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein memaklumkan menerusi Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Mohd Zakaria Yadi berhubung situasi di Klang.

Kata sumber itu lagi, Kementerian Pertahanan (MINDEF) berasa “muak” dengan NADMA dan kerajaan Selangor.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menerajui usaha bantuan banjir berkuat kuasa serta-merta berikutan tindak balas hambar daripada NADMA.

Sumber itu juga berkata, agensi itu “tidak tahu bagaimana untuk menangani krisis berkenaan”, dengan mendakwa tiada seorang pun daripada NADMA atau kerajaan negeri memantau media sosial untuk mendapatkan mesej SOS daripada m4ngsa.

Katanya, pihak MINDEF “menj3rit” kepada kakitangan NADMA dan baru hari ini agensi itu memanggil mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan.

“Seperti tiada keseriusan mengenai situasi terbabit. Justeru, ATM dan MINDEF memutuskan untuk terus sahaja bertindak (menjalankan usaha menyelamat),” tambahnya.

Sepanjang hujung minggu lalu, hujan lebat yang turun di Lembah Klang, Pahang, Kelantan dan Terengganu mulai Jumaat mengakibatkan lebih 40,000 mangsa terpaksa berpindah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://limauasamboi.pw

Be the first to comment on "PM ded4h punca makanan utk mgsa banjir lewat tiba. Sekali rakyat bagi cadangan lain “Pinjam heli menantu tu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*