6 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Selamat Bergelar Isteri Kepada Bekas Pemain Bola Sepak

SELEPAS pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran selamat diijabkabulkan pada pagi Selasa, pelakon Oktovia Manrose turut sah bergelar isteri dan menamatkan status ibu tunggal.

Oktovia disatukan dengan bekas pemain bola sepak Felda United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa dalam sebuah majlis yang diadakan di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Pemilik nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia, 30, dinikahkan oleh bapa kandungnya iaitu Iwan Dangdut atau nama sebenar Wan Syahman Wan Yunus dengan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Fairudz Saderi.

Pada majlis akad nikah itu, Efsan segak mengenakan baju Melayu putih, manakala Oktovia kelihatan anggun mengenakan busana rona sama hasil sentuhan pereka fesyen Ezuwan Ismail.

oktovia 3

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi Iwan.

Majlis berkonsepkan tradisional dengan tema Taman Bunga itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara saudara dan rakan artis hadir ialah Uqasha Senrose, Kamal Adli, Emma Maembong, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.

Oktovia menerima mas kahwin sebanyak RM80 dengan sebentuk cincin berlian dan hantaran lima dulang berbalas tiga kepada pihak lelaki.

oktovia 1

Oktovia memilih Khairul Efsan sebagai suami.

Untuk rekod, Oktovia pernah berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 kemudian bercer4i pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10.

Biodata

1. Nama lengkapnya, Wan Syamira Putri Octovia binti Wan Syahman. Popular menerusi nama Octovia Manrose. ‘Manrose’ adalah gabungan nama bapa dan arw4h ibunya.

2. Lahir pada 29 Oktober 1991 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 28 tahun.

3. Merupakan pelakon dan model.

4. Menceburi bidang hiburan sejak tahun 2015.

5. Anak kepada penyanyi dangdut era 90-an yang mendapat jolokan ‘Raja Dangdut’, Wan Syahman bin Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan. Manakala ibunya, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor merupakan bekas pelakon.

6. Adiknya, Aprena Manrose dan sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

7. Anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Ramada Manrose.

8. Pada 23 Februari 2011, beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izat Abd. Rahman, lalu mendapat rezeki seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Zulkarnain kelahiran 23 Disember 2011. Mereka bagaimanapun memfailkan penceraian pada tahun 2015.

9. Octovia kemudiannya didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami Bella Astillah iaitu penyanyi Aliff Aziz pada Februari 2019 hingga mencetuskan ‘per4ng’ antaranya dan Bella di media sosial.

10. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem Minah Moto pada tahun 2017 arahan sutradara Ahmad Idham, membawakan watak sebagai Aju.

11. Juga drama Cinta Si Wedding Planner, Biar Aku Jadi Penunggu, Hajah Heathrow Kembali, Umairah, Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora, Gerak Khas (Musim 17), Cinta Tiada Ganti dan Setelah Cinta Itu Pergi.

12. Termasuk telefilem Tercipta Untukku, Tangisan Kubur, Adakah Aku Bersalah dan Abang Kandung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "6 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Selamat Bergelar Isteri Kepada Bekas Pemain Bola Sepak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*