[VIDEO] “Tak nak nasi lemak” Abang Ini Penlng Dgn Mngsa Banjlr Persoal Mkanan Dibwa Dipers0alkan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keutamaan k.erajaan ketika ini adalah memindahkan m.angsa b.anjir yang terkandas serta menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, setakat pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara PPS telah dibuka di seluruh negara di enam buah negeri yang terjejas iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Setakat ini seramai 11,384 m.angsa daripada 4,500 keluarga telah dipindahkan ke PPS dan pada masa sama terdapat 521 pangkalan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di seluruh negara bagi membantu m.angsa yang ditempatkan di PPS.

“Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamatkan n.yawa dahulu. Mana yang masih terperangkap kita mahu pindahkan, tidak boleh lama kita tak tahu sama ada paras air akan naik atau surut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Agensi Pengurusan B.encana Negara Nadma di sini lewat malam tadi.

Tambah beliau, sebarang pemberian berbentuk bantuan kewangan dan sebagainya akan dibincangkan kemudian memandangkan yang lebih utama adalah kes.elamatan serta n.yawa m.angsa yang terlibat.

Persoalkan Makanan Yang Dibawa

Seorang individu mend.akwa terdapat segelintir m.angsa b.anjir masih bersikap memilih dan cer3wet apabila enggan mengambil makanan berupa nasi lemak yang dihantar olehnya meskipun dalam keadaan agak d.arurat a.kibat b.encana ini.

Menerusi pendedahan Zamerxciter93 di laman laman sosial, makanan berupa nasi lemak yang dihantarnya di sebuah pusat pemindahan banjir PPS enggan diterima segelintir m.angsa di situ.

“Mereka masih mempersoalkan kenapa bawa nasi lemak dan enggan ambil nasi lemak yang dibawa, sebaliknya tanya kenapa tak bawa nasi ayam bersama lauk.

“Perbuatan memilih itu menyebabkan berlaku lebihan makanan sehingga membazir dan makanan melimpah serta bersepah. Kalau plastik basah sikit terus mereka tak nak ambil makanan itu.

“Kami memang berbulu dan naik angin, kita hantar makanan tapi memilih pula. Tambah-tambah warga asing sampai pecahkan Mydin, Shell sebab mereka tak nak pindah tapi terdesak perlukan makanan,” ujarnya.

Pemerhatian di ruangan komen mendapati orang ramai mend.akwa PPS yang dimaksudkan itu adalah di Shah Alam, Selangor.

Pend.edahan itu juga menyebabkan orang ramai naik b.erang dengan sikap segelintir m.angsa b.anjir yang memilih itu.

Ko akan jumpa orang mcm ni. Kalo orang mcm tu, aku biarkan je, biar keb.ulur. Tak kuasa nak layan. Pergi yang tempat org yg reti bersyukur, komen haneysmoon.

Kalau diorang memilih, tu maknanya mereka masih belum betul-betul lapar… kalau dah betul lapar, makan saja apa yang ada, ujar Pemuda Karar pula.

 

Kredit : Kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://limauasamboi.pw

Be the first to comment on "[VIDEO] “Tak nak nasi lemak” Abang Ini Penlng Dgn Mngsa Banjlr Persoal Mkanan Dibwa Dipers0alkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*