Ayie (Floor88) tak sangka isteri bunting pelamin, teruja bakal jadi bapa

GENAP dua bulan mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Floor88, Ayie memaklumkan isterinya Tasha Awie kini sudah berbadan dua.

Tidak menjangka bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 24, berkata dia menerima kurniaan rezeki zuriat itu dengan penuh kesyukuran.

“Alhamdulillah! Doktor maklumkan usia kandungan memasuki sembilan minggu, sebenarnya kami dah tahu sejak bulan lalu tapi tak berani nak kongsi dengan orang ramai lagi kerana kandungan masih belum kuat.

“Saya sendiri tak menjangka secepat ini isteri meng4ndung tapi dalam masa sama bersyukur sebab soal zuriat ni kita tak boleh nak rancang, kalau ada memang kami terima sahaja.

“Perasaan memang happy sangat, lagi pula anak pertama… tadi isteri buat pemeriksaan pertama dah nampak degupan jantung baby, memang rasa seronok sangat,” katanya ketika dihubungi mStar.

ayie 2

Ayie kongsi berita gembira keh4milan isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tuan Nicky (@ayieelhamf88)

Sebelum itu, menerusi Instagram Ayie berkongsi foto dia dan isteri memegang kit ujian keh4milan dan memaklumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim… InsyaAllah Ayie Elham Tasha Awie (AETA) junior is coming. Terima kasih isteriku, I sayang you sampai syurga.

Isteri saya sihat sahaja, tiada sebarang alahan yang melampau

AYIE

VOKALIS FLOOR88

“Doakan yang indah-indah buat kami. Amin,” tulisnya yang turut mengabadikan momen indah itu menerusi laman YouTube miliknya AETA Channel.

Dalam pada itu, Ayie berkata isterinya tidak mengalami sebarang alahan di awal keh4milan ini.

ayie 3

Ayie seronok melayari alam rumah tangga.

“Isteri saya sihat sahaja, tiada sebarang alahan yang melampau. Cuma awal-awal kandungan dulu dia ada l0ya dan mual-mual.

“Sekarang ni dia suka makan benda-benda masam. Alahan lain tiada! Semoga proses kehamilan ini dipermudahkan sampai hari kelahiran nanti,” ujarnya.

Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha atau nama sebenar Nur Natasyah Ahmad Nawani, 22, pada 21 Oktober lalu di Masjid Ukay Perdana Ampang, Selangor.

Komen Rakan2 Artis:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Ayie (Floor88) tak sangka isteri bunting pelamin, teruja bakal jadi bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*