Adik Shila Amzah Minta Sukarelawan Bantu Cuci Rumah, Netizen Jadi ‘Bitter’ – ‘Baik Tolong Orang Susah Kat Kampung Daripada Artis Kaya’

Banjir besar yang melanda beberapa buah negeri pada minggu lalu masih belum berakhir. Biarpun ada sesetengah tempat sudah surut namun masih ada tugasan besar yang perlu dilakukan iaitu mencuci lumpur.

Antara selebriti yang terjejas disebabkan bencana alam adalah penyanyi Shila Amzah dan Syada Amzah. Difahamkan, kediaman keluarga ini terletak di Hulu Langat, Selangor.

Masih banyak perlu kemas

Menerusi ciapan di Twitter, Syada, memohon pertolongan daripada wargamaya yang berkelapangan untuk datang membantu secara sukarela di rumahnya.

Kata Syada, 23, dia dan keluarga memerlukan tenaga kerja tambahan kerana masih banyak barangan yang perlu dikemas.

Bagaimanapun, ciapan itu telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir netizen. Ada seorang pengguna yang menggunakan nama @laknatisrael berpendapat agar mengutamakan orang yang lebih memerlukan seperti penduduk kampung.

Katanya, Syada dan keluarga berkemampuan untuk membayar individu bagi menolong mereka.

Baik tolong orang susah kat kampung

Selain itu, pengguna yang menggunakan nama @miss7460 menyifatkan keluarga Syada berupaya untuk menguruskan semuanya tanpa melibatkan orang luar.

Namun, ada juga wargamaya yang tidak bersetuju kerana di waktu kritikal ini tidak perlu wujud pemilihan taraf atau status untuk membantu.

Dalam pada itu, pemilik nama Nursyuhada Amir Amzah tidak mendiamkan diri lantas memberi penjelasan. Katanya, dia bukan sengaja bersikap mengada tetapi sudah tidak menang tangan selepas empat hari berusaha sendiri.

 

Sumber: Twitter @SyadaAmzahh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Adik Shila Amzah Minta Sukarelawan Bantu Cuci Rumah, Netizen Jadi ‘Bitter’ – ‘Baik Tolong Orang Susah Kat Kampung Daripada Artis Kaya’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*