Yoe Parey S4kit Sampai Kena Jalani Pembed4han, Ini Puncanya

Kerja penggambaran filem 35mm arahan Syahmi Sazli yang berbaki seminggu terpaksa dihentikan serta-merta disebabkan mas4lah kesihatan dihadapi teraju utamanya, Yoe Parey.

Syahmi, berkata Yoe Parey mengalami masalah angin pasang dan perlu menjalani pembed4han di H0spital Seberang Jaya, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Bagi memastikan Yoe Parey benar-benar pulih, Syahmi membuat keputusan menghentikan kerja ‘sh00ting’ dan disambung awal Februari depan.

“Yoe sudah lama menghidap angin pas4ng, iaitu sebelum saya mengenalinya lagi. Ketika kami sedang sibuk ‘sh00ting’, Ahad lalu, Yoe tiba-tiba mengadu s4kit dan meminta kebenaran berehat.

“Jarang Yoe mengadu s4kit hingga terpaksa berehat. Apabila melihat keadaan Yoe yang tidak mampu menanggung s4kit, saya membawanya ke h0spital.

“Dia kemudian perlu segera menjalani pembed4han. Keadaannya semakin baik. Sebaik Yoe keluar h0spital, saya membawanya pulang ke Kelantan.Syahmi memaklumkan penggambaran filem 35mm terpaksa ditangguhkan berikutan teraju utama, Yoe Parey mengalami angin pasang. Foto IG Syahmi Sazli

“Lagipun semua kru belakang tabir sudah diarah pulang,” katanya kepada BH Online.

Syahmi berkata, penggambaran filem kedua arahannya itu dilakukan di Pulau Pinang sejak 10 hari yang lalu. Semua kerja di lokasi sepatutnya berakhir dalam tempoh seminggu lagi.

Disebabkan hampir 95 peratus jalan cerita membabitkan Syahmi, Yoe Parey dan seorang lagi pelakon, Asif Suhaimi, pengarah dan penerbit itu terpaksa keputusan menghentikan sementara penggambaran.

“Alhamdulillah, semua faham keadaan yang berlaku. Saya sudah berbincang dengan semua tenaga belakang tabir. Kami bersetuju untuk menyambung semula penggambaran, Februari depan.

“Lagipun filem 35mm dijangka menemui penonton melalui saluran Astro First seminggu selepas Aidilfitri,” katanya.

Filem 35mm mengisahkan mengenai tiga saudara yang sesat di dalam lima zaman iaitu Dinasti Cina, zaman pemerintahan Jepun, Brit1sh serta era moden 1992 dan 1997.

Filem itu berdasarkan idea asal Syahmi manakala skrip dihasilkan Senibayan. Syahmi dan Senibayan sama-sama memikul tugas pengarahan.

Selain Yoe Parey, Asif dan Syahmi, filem itu menyaksikan penampilan khas beberapa pelakon seperti Hushairi Hussain dan Kenji Sawahi. Tidak ketinggalan beberapa YouTuber antaranya Poktar, Sai Kamal dan Wanie r0haimi.

Syahmi pernah memecahkan dominasi filem terlaris di platform Astro First apabila karya pertama terbitan dan arahannya, Mael Totey The Movie meraih RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan menewaskan filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah.

Pembikinan filem itu menarik perhatian kerana kos menghasilkannya kira-kira RM400,000 yang dibiayai Syahmi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : BH

Be the first to comment on "Yoe Parey S4kit Sampai Kena Jalani Pembed4han, Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*