DSV Meng4muk Di IG, M0hon Beri B4ntuan Kepada M4ngsa B4njir Di Dengkil

Sabtu lalu, banjir besar melanda di beberapa negeri sememangnya mengejutkan ramai apatah lagi banyak kawasan yang tidak pernah dinaiki air turut tenggelam.

Disaat genting ini, ramai rakyat kini berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka yang kehilangan harta benda.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida juga turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian Vida menyeru orang ramai yang ingin memberi bantuan agar tidak tertumpu di satu kawasan semata-mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Kata Vida lagi, orang ramai perlu peka kerana masih ramai mangsa yang tidak menerima bantuan yang mencukupi kerana kawasan tersebut tidak mendapat liputan yang meluas.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vida berkata keadaan itu berlaku kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Dengkil, Selangor.

“Saya tak puas hatilah di kawasan diuar-uarkan contohnya di Hulu Langat dan sebagainya, banyak sangat bantuan. Di sini, mana? Mana?

“Kalau nak bagi bantuan, hantarlah ke sini di kampung ini. Kalau di sana sampai berlonggok-longgok, melimpah ruah. Di sini tak cukup. Tak cukup bantal, toto, dapur, tong gas dan air,” katanya.

Difahamkan, semalam Vida menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Chemperai, Dengkil bersama pasukannya yang turut disertai dua anaknya, Kacak dan Cik B.

 

Sumber:beautifulnara

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.dnq.pw

Be the first to comment on "DSV Meng4muk Di IG, M0hon Beri B4ntuan Kepada M4ngsa B4njir Di Dengkil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*