Baru je aset sajat dilelong RM42,000, rupanya ada benda lain belum selesai sampai ada lagi aset Sajat utk dilelong

PETALING JAYA- Pemenang lelongan aset dan barang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan dengan bayaran harga serendah RM42,000 .

Sebelum ini, lelongan harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM132,000, namun gagal menerima pembayaran selepas pemenangnya menghilangkan diri.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, seramai tiga pembida menyertai lelongan tersebut yang dilakukan untuk kali kedua pada hari ini.

“Sesi lelongan itu dimulakan dengan bukaan harga RM60,000, namun diturunkan kepada RM50,000 dengan kenaikan sebanyak RM5,000 untuk setiap bidaan.

“Bagaimanapun, tiada pembida yang membuat bidaan dan kami perlu menurunkan harga lelongan kepada RM40,000 dengan kenaikan sebanyak RM2,000,” katanya kepada pemberita selepas sesi bidaan di kediaman Sajat di Kota Damasara di sini tadi.

Katanya, pembida bernama Chai Liong Huat yang berusia 67 tahun berjaya memenangi bidaan itu selepas tawaran ditutup pada harga rendah iaitu RM42,000.

“Beliau juga sudah membuat bayaran penuh, tiada isu pembida lari seperti sebelum ini. Proses bidaan kali ini dianggap selesai,” jelasnya

Ada lagi aset Sajat untuk dilelong – Peguam

KUALA LUMPUR: Ada beberapa aset lain milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, bagi menyelesaikan baki pamp4san yang tertunggak, kata peguam OWA Resources Sdn Bhd, Nurul Hafidzah Hassan.

Memetik laporan Harian Metro hari ini, peguam dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors itu berkata, aset terbabit mungkin akan dilelong, seperti barangan di kediaman usahawan itu di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Katanya lagi, tindakan lain akan diteruskan pihaknya yang mewakili OWA Resources iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Nur Sajat.

“Kita mungkin akan teruskan tindakan lain tapi perlu tahu aset apa dia ada baru boleh teruskan. Namun setakat ini tiada maklumat atau arahan lanjut (berkenaan tindakan seterusnya),” katanya ketika dihubungi akhbar berkenaan.

Pada 14 Disember lepas, media melaporkan Hampir 40 barangan perabot serta perkakas rumah milik Nur Sajat di Jalan Polo Kota Damansara di sini, telah melalui proses lelongan.

Antara barangan usahawan kosmetik terkenal itu yang dilelong ialah set sofa, set meja makan, set bilik tidur, penghawa dingin, dapur, mesin basuh dan grand piano.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hujung November lalu mengarahkan harta milik usahawan kosmetik yang diburu itu dis1ta.

Tindakan itu bertujuan bagi menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang gagal dibayar Nur Sajat kepada bekas stokisnya, Nurwati Hussin dan Mohamed Syakir Hussin dari Owa Resources.

Bagaimanapun, kontrov3rsi timbul selepas proses lelongan kali pertama itu apabila seorang individu yang membuat bidaan tertinggi iaitu RM132,000, tidak munculkan diri dalam masa yang ditetapkan untuk membuat bayaran tersebut.

Susulan itu, Nurul Hafidzah berkata, proses lelongan akan dilakukan sekali lagi.

 

sumber: kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Baru je aset sajat dilelong RM42,000, rupanya ada benda lain belum selesai sampai ada lagi aset Sajat utk dilelong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*