13 Tahun Hidup Bersama, Ini Rahsia Ayu Damit Miliki Rumah Tangga Bahagia

Baru menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-13 pada 25 Disember lepas, penyanyi Ayu Damit meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang kekal bahagia sehingga ke hari ini.

Ayu Damit Poji

Menurut Ayu, bukan mudah untuk menjaga keharmonian rumah tangga lebih-lebih lagi yang sudah terbina lebih sedekad lamanya.

“Kami berkahwin sudah 13 tahun. Memang banyak pahit manis nya. Jadi kena banyak tolak ansur.”

Ayu turut memberitahu yang berkemungkinan ikatan dia dan suaminya menjadi kukuh selama 13 tahun kerana mereka bekerja bersama serta tidak pernah berjauhan terlalu lama.

Bantu Hal RumahTangga

Tambah Ayu, dia sangat bertuah kerana suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin merupakan seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Bukan itu sahaja, suaminya juga turut membantu menguruskan kerjayanya sebagai penyanyi selain membantu menguruskan hal rumah tangga mereka.

Ayu Damit

“Kalau saya sibuk, dia bantu uruskan hal rumah tangga.”

Ujar Ayu lagi, dia mengakui yang kerjayanya menjadi lebih terurus dengan bantuan suami dari segi penjadualan nyanyian dan urusan menjadi lebih mudah serta tidak ada salah faham.

Ingin Menambah Cahaya Mata Lagi

Selain itu Ayu  juga megakui ada merancang untuk menambah cahaya mata keempat apabila ditanya.

Bagaimanapun, Ayu berkata, dia terlebih dahulu mahu menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif.

“Memang ada perancangan untuk menambah zuriat lagi tapi saya mahu habiskan belajar dulu. Saya bimbang kalau hamil sekarang akan mengganggu sedikit tumpuan pembelajaran dan kerjaya seni serta perniagaan yang diusahakan.

“Apapun saya berserah kepada rezeki Allah. Siapalah saya untuk menolak takdir yang sudah ditentukan,” katanya ketika ditemui di majlis Hari Keluarga Harian Metro 2021 di Genting Highlands, semalam.

Ayu dan Syed Fauzi dikurniakan tiga anak iaitu Syed Nasrul Haikal, 12; Sharifah Alya Aryana, 9; dan Syed Aqif Najmi yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, Ayu berasa berbangga apabila kerjaya seninya sentiasa mendapat sokongan dan liputan daripada media terutama Harian Metro.

Katanya, dia masih ingat sewaktu kejayaannya pada program realiti One In A Million musim kedua yang mendapat liputan meluas.

“Sewaktu saya membeli surat khabar untuk melihat berita mengenai kejayaan saya, pekerja kedai itu agak terkejut apabila melihat wajah saya terpampang di muka depan Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

“Alhamdulillah sehingga kini saya masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan media. Diharapkan ikatan baik ini akan terus berkekalan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Beautifulnara, Harian Metro

Be the first to comment on "13 Tahun Hidup Bersama, Ini Rahsia Ayu Damit Miliki Rumah Tangga Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*