“Akhirnya Dapat Seorang Puteri, Alhamdulillah,” – Aidil Zafuan Timang Baby Ketiga, TMJ Ucap Tahniah

Pemain Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan mengucapkan rasa syukur setelah isterinya, Zarema Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga semalam.

Berita gembira itu dikongsi Aidil menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram beserta foto yang merakamkan dirinya sedang tersenyum sambil memandang anak perempuannya.

“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 27.12.2021. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aidil Zafuan (@_aidil.zafuan_)

Dalam pada itu, baginda Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga turut mengucapkan tahniah kepada Zafuan.

“Akhirnya dapat seorang Puteri Aidil. Alhamdulillah. Tahniah,” @hrhcrownprinceofjohor.

Bagaimanpun Aidil dan isterinya masih belum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka. Aidil dan Zarema mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Akhirnya Dapat Seorang Puteri, Alhamdulillah,” – Aidil Zafuan Timang Baby Ketiga, TMJ Ucap Tahniah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*