Dua bulan sebelum kahwin, Tiba- tiba Ini Yg Terjadi Kepada Usop

KIRA-KIRA dua bulan menjelang hari bahagia pada Februari depan, penyanyi Usop yang terkenal sebagai seorang yang kelakar mula berubah sikap menjadi pemarah.

Akui bimbang dengan hal itu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata perubahan itu mula dirasai sejak bertunang dengan Nur Fatihah Md Hashim pada 4 November lalu.

“Dulu saya ni bukan seorang yang panas baran, tetapi apabila sudah bertunang ni tak tahu kenapa selalu panas hati.

“Tetapi kena kawal la sebab bagi pendapat saya… apabila kita nak menghalalkan hubungan dengan seseorang, waktu itu la banyak dugaan datang.

Usop memberitahu dia bukanlah seorang yang pemarah.

“Kita sebagai pasangan kena banyak bersabar dan bertolak ansur. Sebab nak berkahwin ni bukan untuk sehari dua tetapi selama-lamanya,” katanya kepada mStar.

Usop ditemui selepas konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Usop memberitahu kehadiran Fatihah dalam hidupnya banyak memberi perubahan daripada segi penampilan dan pembawakkan diri.

 

Tinggal sikit je lagi benda nak kena buat. Orang kata tinggal menunggu hari ijab kabul sahaja.

USOP

PENYANYI

Ujar Usop, tunangnya banyak mengajar untuk memperbaiki diri lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang selebriti.

“Fatihah banyak menegur saya, dulu penampilan saya selekeh berbanding sekarang. Dia kata saya kena menjaga penampilan sebagai seorang artis dan saya pun mula berubah sikit-sikit.

“Lepas tu kadang-kadang saya ni jenis blur. Jadi apabila saya ada slow je Fatihah akan tegur cakap tak boleh macam itu dan ini, dia banyak mengajar saya juga,” katanya.

251624689_2071633439669726_1123453677911226369_n

Hampir kesemua urusan menjelang perkahwinan Usop dan Fatihah sudah dilaksanakan.

Sementara itu, penyanyi lagu Selamanya ini bersyukur segala persiapan sebelum bergelar raja sehari telahpun dilaksanakan dengan sempurna.

“Alhamdulillah, persiapan sudah siap 85 peratus. Semuanya hampir selesai termasuk urusan dengan pejabat agama dan ujian HIV… jadi bab itu saya dah lega.

“Tinggal sikit je lagi benda nak kena buat. Orang kata tinggal menunggu hari ijab kabul sahaja,” ujarnya.

Setelah dua tahun menjalinkan hubungan persahabatan, pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatihah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 4 November lalu.

Usop dan Fatihah bakal mendirikan rumah tangga pada Februari 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Dua bulan sebelum kahwin, Tiba- tiba Ini Yg Terjadi Kepada Usop"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*