“Anak Popular Daripada Mak” – Cik B Agih Bantuan Di Kampung Orang Asli Raih Pujian Ramai

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B tidak melepaskan peluang menyertai dan menghulurkan pertolongan dalam misi bantuan banjir yang dianjurkan oleh ibunya.

Menerusi laman sosial Instagram, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, memuat naik foto dan video sewaktu mengikuti misi bantuan banjir di sekitar Hulu Langat pada minggu lalu.

“15 biji motor dan tiga 4×4 yang mengagihkan barangan untuk mereka yang memerlukan, terima kasih abang-abang riders yang tolong hantarkan bantuan kepada mereka.

“Dan juga team Vida Beauty hehe. Seronok melihat mereka happy,” tulis Cik B di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66)

Melihat pada perkongsian tersebut, Cik B yang turut ditemani Vida melawat kawasan perkampungan Orang Asli di Hulu Langat bagi menyerahkan sendiri barangan bantuan ke tangan mereka.

Antara barangan bantuan yang diagihkan termasuklah tilam toto, bantal, lampin pakai buang dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, apa yang mencvri perhatian ramai adalah kehadiran Cik B yang cukup dikenali membuatkan ramai penduduk di sana gembira dan mahu bergambar bersamanya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 8,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekitar Julai lalu, Cik B dan adiknya Kacak menggunakan duit mereka sendiri bagi memberi barangan keperluan harian dan menyerahkannya kepada rumah-rumah yang memerlukan sewaktu kempen Bendera Putih sedang dijalankan di sekitar Ipoh.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap Cik B di atas penyertaannya ke misi bantuan banjir meskipun perlu mengharungi hujan dan sebagainya.

Komen netizen :

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Anak Popular Daripada Mak” – Cik B Agih Bantuan Di Kampung Orang Asli Raih Pujian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*