Berbulan Madu ‘Berempat’, Peminat Gembira Lihat Intan Salleh Semakin Bahagia Sekarang

Sekitar seminggu lalu, usahawan dan selebriti media sosial, Intan Liana Salleh selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, seorang penjawat awam bernama Mohd Aizam Yahya.

Mengenali suaminya itu daripada seorang rakan, Intan mengakui bersyukur kerana sang suami menerima Intan sepenuh hati, meskipun berstatuskan ibu tunggal sebelum ini.

Selain itu, Intan juga mengakui bahagia kerana baik suami mahupun keluarga mentua, masing-masing menerima anak-anaknya dengan sepenuh hati.

Justeru, tidak hairan jika Intan turut membawa dua anaknya, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4, bercuti bersama-lama suaminya baru-baru ini.

Menerusi platform Instagram dan TlkTok, Intan berkongsi momen-momen indah percutian bersama suami dan anak-anaknya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Intan tersebut. Tidak kurang, ada juga yang turut berkongsi rasa bahagia terhadap perkahwinan keduanya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)

“Alhamdulillah Bonda Intan, seronok sangat tengok Intan sekarang,” tulis seorang pengikutnya.

“Sweetnya.. happy untuk Intan. Seronok tengok, bahagia selalu Intan,” kongsi seorang lagi pemintanya.

Dalam pada itu, ada juga netlzen yang turut berkongsi tentang pengalaman peribadi yang dirasakan sama dengan Intan.

“Sebagai seorang ibu tunggal yang pernah merasa ditinggalkan. Peritnya sehingga ke hari ini 6 tahun. Tidak mudah untuk menerima dan membuka hati setelah berkali disaklti. Semoga ada rezeki saya seperti sis Intan dipertemukan jodoh yang ikhlas dan happy sekali lagi. Happy till jannah doa saya for you sis. Amin,” tulisnya.

Untuk rekod, Intan Liana merupakan bekas isteri kepada pemuzik Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid.

Intan yang berceraiDengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.

Sumber : Gempak

Tiga tahun lalui kisah DukaDimadukan sebelum , Intan Saleh akhirnya kembali bergelar isteri

Selepas hampir tiga tahun melalui episodDuka dimadukan sebelum diceralkan, Intan Saleh akhirnya kembali bergelar isteri.

Detik-detik pernikahannya yang berlangsung dalam keadaan tenang itu telah diabadikan di mediaSosialnya dan dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan serta warganet.

Diiringi dua anak2

Dalam video yang dikongsikan, dapat dilihat Intan telah memasuki dewan pernikahan dengan dipimpini dua orang anaknya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Sebak ketika sarung cincin

Dengan sekali lafaz, Intan Saleh sah bergelar suri hati kepada seorang jejaka yan dikenali sebagai Aizam Yahya.

Pasangan tersebut nampak segak mengenakan sepersalinan berwarna peach dan Intan juga kelihatan sebak ketika suami menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Tahniah buat bonda

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat pengantin baru buat Intan Saleh dan mendoakan rumah tangga yang dibina akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mereka juga tumpang gembira dengan kebahagian yang ditemui semula wanita tersebut selepas melalui episod duka yang sangat berbekas dalam diri.

Alhamdulillah hadir insan yang ikhlas & jujur

Semoga terus berbahagia

Semoga kekal hingga ke Jannah

Terdahulu, Intan Saleh pernah bernikah dengan seorang pemuzik dikenali sebagai Ude. Namun, selepas lima tahun berumah tangga, mereka disahkan berpisah dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki.

Perpisahan mereka ketika itu juga dikaitkan dengan selebriti wanita iaitu, Ezreen Asmida yang kini merupakan isteri kepada Ude.

Sumber : omm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://transformasi.pw/

Be the first to comment on "Berbulan Madu ‘Berempat’, Peminat Gembira Lihat Intan Salleh Semakin Bahagia Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*