Dikatakan Pan4s B4ran Pvnca Perk4hwinan Bergol4k, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

Tindakan seorang individu membuat spekulasi tentang punca keretakan rumah tangga Sharnaaz Ahmad telah mengundang perhatian pelakon itu.

Pengguna twitter yang menggunakan nama @AnisKhalidi itu mend4kwa kononnya perkahwinan Sharnaaz dan isterinya, Noor Nabila terjejas dek kerana sikap panas baran aktor berkenaan.

“Tak terkejutpun (merujuk spekulasi pergolakan rumah tangga Sharnaaz). Orang baran takkan boleh berubah lepas kahwin.

“Mungkin ada faktor lain tapi aku percaya perangai baran Sharnaaz mesti salah satu daripadanya,” tulisnya.

Kiriman pada Jumaat itu bagaimanapun mendapat reaksi Sharnaaz yang menafikan tuduh4n berkenaan.

“Cik Anis yang manis, semanis wajah namanya.. saya rasa awak telah menyelesaikan masalah rumah tangga saya hanya dengan satu kilas.

“Tahniah. Tapi saya boleh jamin, bukan soal baran yang menjadi masalahnya. Harap cik Anis bahagia dunia akhirat,” respon Sharnaaz menerusi akaun Twitter miliknya.

Kredit foto: Twitter Sharnaaz Ahmad

Susulan itu, rata-rata netizen menyelar tindakan wanita terbabit yang dikatakan cuba mencampuri kehidupan rumah tangga orang lain, selain menasihatkannya agar tidak sesuka hati membuat andaian sendiri.

Terdahulu, Nabila memuat naik foto dipercayai diambil di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta hingga mengundang dakwaan mengatakan wanita itu sedang dalam proses memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden pada Ogos tahun lalu.

 

Sumber:iluminasi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.dnq.pw

Be the first to comment on "Dikatakan Pan4s B4ran Pvnca Perk4hwinan Bergol4k, Ini Respon Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*