“Sedapnya Nama” Selepas 27 Hari, Syida Melvin Akhirnya Ded4h Nama & Wajah Anak No 2

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin akhirnya mended4hkan wajah baby keduanya kepadaumum selepas 27 hari berpantng.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Syida memaklumkan dia dan suami telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Sara Sajedda.

Menurut Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, nama tersebut sebenarnya merupakan hasil gabungan daripada nama-nama yang dipilih olehnya dan juga suami.

“MASHAALLAH, Assalamualaikum my second child, my princess, SARA SAJEDDA, one who is a devout worshiper of Allah.

“Cda suka nama Sara. Lembut je dengar, and nama Sajedda diambil sempena nama Aunty side daddy dia, Sajida,” tulisnya.

Jelas Syifa lagi, dia berharap agar anak keduanya itu dapat membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi penyejuk hati buat ibu dan ayah.

“Harini Cda baru first time reveal @sarasajedda ibu ni. Muka Sara dah banyak ikut muka Pia, rasa mcm tengah berpantang kat Pia sebab muka depa sama.

“Sara ibu baru 27 hari. Semoga Sara membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah dan dengar cakap orang tua okay,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Syifa dan suami.

Sekadar informasi, Syida telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada tanggal 2 Disember lalu.

Syida dan suami, Mohamad Syafiq Azim telah mendirikan rumah tangga mereka pada 19 Januari 2019.

Pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahata mata sulung, Safa Safeera pada 20 Februari 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber:Media Hiburan

Be the first to comment on "“Sedapnya Nama” Selepas 27 Hari, Syida Melvin Akhirnya Ded4h Nama & Wajah Anak No 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*