“Saya ris4u…”- Suami Ayda Jebat Sewa Satu P4nggung Wayang Sem4ta-M4ta Mahu Tont0n Spider-Man

Tidak dinafikan, fenomena yang dicetuskan oleh filem Spider-Man: No Way Home sejak ia dilancarkan cukup luar biasa.

Saban hari, kebanyakan panggung yang menayangkan filem lakonan Tom Holland itu terisi penuh dengan penonton, menjadikan filem tersebut sebagai filem paling berjaya dari segi sambutan dan kutipan sepanjang tempoh pand3mik c0vid-19.

Keterujaan ramai orang yang menantikan filem adiwira popular itu turut dirasai oleh pengacara dan usahawan Nabil Mahir. Begitupun, disebabkan kes c0vid-19 harian masih lagi banyak, suami kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat itu berasa berat hati untuk menonton siri filem kegemarannya dengan orang awam.

Berjaga-jaga demi keselamatan, Nabil mengambil keputusan menempah dan membeli keseluruhan panggung di ibu kota baru-baru supaya dia dan keluarganya dapat menonton filem berkenaan dalam keadaan selesa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

“Saya memang minat tengok filem di panggung wayang, lebih-lebih lagi jika filem Marvel. Tetapi, sejak bermulanya pand3mik, saya risau nak pergi menonton wayang di panggung. Sudah dua tahun saya tidak menonton wayang, sebab takut nak beramai-ramai dengan orang.

“Ada beberapa filem lain yang saya tidak sempat tengok. Jadi, saya tidak mahu ketinggalan menonton Spider-Man: No Way Home ini di panggung wayang. Sebabnya, watak Spider-Man itu sendiri cukup dekat dengan saya sejak kecil lagi.

Saya tak nak ketinggalan menontonnya di panggung.

“Jadi fikir punya fikir, saya ambil keputusan untuk tempah satu hall dan bawa Ayda serta ahli keluarga lain untuk menonton sekali,” katanya.

Menurut Nabil, dia bukan sahaja menempah satu panggung wayang untuk tontonan seisi keluarga, malah menempah bilik hotel berdekatan untuk memudahkan mereka solat Maghrib selepas selesai menonton.“Apabila sudah menempah panggung wayang, saya terfikir pula, bagaimana nak solat? Jadi, saya tempah bilik hotel berdekatan supaya kami dapat solat dengan selesa,” katanya.

Ditanya mengenai pelakon manakah yang menjadi kegemarannya dalam membawa watak Spider-Man, Nabil menjawab: “Saya suka Tom Holland sebagai Spider-Man. Tobey McGuire menjadi Peter Parker dengan baik, tetapi kurang menyengat apabila berubah menjadi Spider-Man.

Andrew Garfield pula bagus apabila menyarung kostum Spider-Man tetapi kurang menyerlah sebagai Peter Parker.“Bagi saya, Tom Holland menyeimbangi kedua-dua watak ini dan kena dengan karakternya juga. Tambahan pula saya pernah menemu bualnya beberapa tahun lalu, jadi dia menjadi pilihan Spider-Man kegemaran saya,” tuturnya lagi.

Untuk rekod, sehingga 28 Disember lalu, sebanyak 2.9 juta penonton telah menonton Spider-Man: No Way Home seperti yang dilaporkan oleh GSC Cinema dan menerima kutipan sebanyak AS$1.16 bilion (RM4.84 bilion).

 

Sumber:Instagram NabilMahir, Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.dnq.pw

Be the first to comment on "“Saya ris4u…”- Suami Ayda Jebat Sewa Satu P4nggung Wayang Sem4ta-M4ta Mahu Tont0n Spider-Man"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*