[Terkini] “Saya tengok dia tidur telangkup” – Suami Anita Baharom mn1ngg4l dunia

Kuala Lumpur: Suami pelakon Anita Baharom iaitu Ismadi Ismail, 50, disahkan mn1ngg4l dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, jam 8 pagi, hari ini.

Anita ketika dihubungi berkata, dia menyedari perkara itu selepas suaminya tertidur dan tidak memberi respons apabila dikejut. 

“Pagi tadi, lebih kurang jam 8 pagi, saya bersiap-siap untuk ke masjid sebab ada pembentangan untuk program masjid berhampiran rumah sepanjang 2022.

“Saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan suami bantu saya untuk siapkan bahan pembentangan. Pagi tadi, dia cakap nak hantar saya ke rumah kawan yang juga AJK masjid. Sementara menunggu saya siap, dia terlelap sekejap di ruang tamu. 

“Saya tengok dia tidur telangkup. Saya kejut tapi tak ada respon. Senyap, tak bergerak langsung. Saya tolak-tolak badan dia dan bila pegang tangan dia, dah rasa sejuk dah,” katanya kepada Harian Metro. 

Anita juga memaklumkan suaminya memiliki sejarah penyakit kenc1ng man1s. 

 

“Dia ada sakit kencing manis, tapi dia benar-benar menjaga kesihatannya. Sebelum ini pun, dia dalam keadaan baik dan boleh bekerja. Antara acara yang membabitkannya baru-baru ini adalah Konsert A Night With Aina Abdul. 

“Tadi, pihak hospital dah datang ke rumah untuk mengesahkan kem4t1annya,” katanya. 

Ditanya mengenai proses pengurusan jenaz4h, Anita berkata, semuanya akan diuruskan di rumah dan pihak masjid. 

“Dia selalu bergurau mengenai kem4t1an. Katanya, dia akan pergi dulu. Dia pesan juga kalau dia men1ngg4l dunia, kebumikan di kawasan tempat dia mn1ngg4l dunia. Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid. 

“Setakat ini,  saya tak tak dapat pastikan lagi kawasan tanah perkubur4n mana yang akan menjadi tempat persemadian terakhirnya sebab ada beberapa kawasan yang berhampiran. Saya akan maklumkan nanti,” katanya. 

Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar. 

 

Sumber:H Metro/kakijalan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://menujukebenaran.

Be the first to comment on "[Terkini] “Saya tengok dia tidur telangkup” – Suami Anita Baharom mn1ngg4l dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*