Kalau Shuib kahwin semula, semuanya demi anak-anak

KEHADIRAN Kosmo! di kediaman tiga tingkat Shuib di Puchong, Selangor untuk sesi fotografi edisi tahun baharu tempoh hari benar-benar menyingkap memori lelaki itu terhadap arw4h isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin.

Sedang Shuib bersiap-siap, lama dia merenung anak keduanya, Dzahira Talita Zahra yang merupakan satu-satunya bunga dalam keluarga sedang ditatarias jurusolek, Vie Xenddra.

Seraya, Shuib menoleh kepada penulis dan berkata: “Ingat tak, inilah kerusi dan posisi kegemaran arwah untuk bersolek jika ada sesi fotografi di rumah.

“Sekarang, tempat itu diganti oleh Talita. Cantik sangat Talita bila bersiap sama seperti ibunya.”

Emosi yang bergulung-gulung di dadanya terpancar ke muka. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, kini seorang bapa tunggal kepada empat orang anak, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. Hal itu bukan lagi sesuatu yang canggung buat Shuib.

Arw4h isterinya, Siti Sarah men1nggal dun1a pada 9 Ogos lalu selepas melahirkan anak bongsu mereka Ayash dalam keadaan dij4ngkiti v1rus c0v1d-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.

KADANG-kadang Shuib merasakan meskipun anak-anaknya masih kecil, mereka sebenarnya lebih kuat berbanding dirinya mengharungi dugaan hidup. Foto – AMIR KHALID/MEDIA MULIA

Ditebak bagaimana kehidupannya memikul gelaran ‘kepala’ keluarga, melangkah ke hadapan atau ‘move on’ daripada episod paling sukar dalam kehidupannya, Shuib terdiam, cuba mencari ungkapan paling tepat barangkali. Bibirnya lambat melenturkan bicara.

“Saya tiada jawapan untuk soalan itu. Sekarang ini, saya cuba sibukkan diri. Sekarang ini saya seorang diri, apabila pulang ke rumah, tidur sendirian pasti akan teringat arw4h.

“Sudah hampir lima bulan, saya serahkan kepada masa. Melupakan memang tidak boleh, tetapi sekarang sakit sedikit berkurangan, saya sedang terima serta sesuaikan diri hidup tanpa dia.”

Bagi melepaskan kerinduan tanpa berpenghujung buat Siti Sarah, selain menitipkan doa, Shuib sesekali akan mendengar lagu dendangan arw4h.

Setiap kali mendengar lagu arw4h isterinya, segala memori manis yang dicipta bersama semasa hayatnya bermain-main dalam minda.

“Sejak arw4h tiada, saya tiba-tiba suka dengar muzik dan hayati lagu, lalu datang pelbagai emosi. Kadangkala terfikir juga kenapa saya mahu membin4sakan diri dengan mendengar lagu-lagu sedih.

“Tambahan, lagu-lagu arw4h saya akan dengar sewaktu rasa terlalu rindu padanya. Dengar kembali lagu-lagu duet bersamanya akan buatkan saya teringat kembali momen kena mar4h di studio, reaksi dan senyumannya,” ujar Shuib beremosi.

Kekuatan

Tentang anak-anak mengharungi kehidupan tanpa ibu di sisi, Shuib menjelaskan, meskipun masih kecil, namun anak-anak lebih kuat berbanding dirinya.

Sedang Shuib masih berper4ng dengan emosi setiap kali teringatkan arw4h, anak-anak sudah mampu menerima kenyataan bahawa ibu mereka telah tiada.

“Anak-anak sebenarnya sangat kuat. Saya masih men4ngis andai teringat, anak-anak sudah boleh bercakap tentang arw4h ibu mereka dalam keadaan normal.

“Contohnya, mereka cakap rindu ibu, kemudian terus anak-anak baca al-Fatihah. Baru-baru ini, saya bawa mereka bercuti ke Pulau Pinang dan pergi ke restoran kegemaran kami sekeluarga.

“Kedudukan meja yang sama, cuma tiada arwah ibu mereka sahaja. Anak-anak boleh bercakap secara normal, ibu suka makan ini. Saya yang termenung melihat situasi tersebut,” tutur Shuib sayu.

SHUIB percaya, biar secantik mana perancangan manusia, perancangan dan ketentuan Ilahi adalah segala-galanya dan jika sudah tertulis akan berlaku sesuatu kejadian, maka tiada siapa dapat menghalang takdir.

Lelaki itu juga amat bersyukur meskipun anak keempatnya, Ayash dilahirkan pramatang, si bongsu itu berada dalam keadaan sihat dan kini mencapai berat tujuh kilogram.

“Saya tidak sabar untuk melihat dia membesar. Perjalanan indah bersamanya seperti dalam sebuah filem. Nanti dah besar, Ayash akan faham bahawa dia seorang anak yang sangat istimewa.

“Satu Malaysia tahu kisah kelahirannya yang luar biasa. Kisahnya akan diingati sampai bila-bila dan dia akan tahu betapa hebat arw4h ibunya,” tutur Shuib penuh makna.

Justeru, sebagai pemegang amanah kepada anak-anaknya, dia berjanji akan memberi yang terbaik buat mereka.

“Saya tidak memaksa anak-anak, sebaliknya hanya ikut apa yang mereka minati. Uwais sangat meminati sukan golf dan berbakat dalam muzik. Dia boleh bermain piano hanya dengan mendengar muzik. Jadi, saya akan mencari guru piano agar dia lebih serius.

“Talita pula sangat berminat untuk meneruskan legasi arw4h ibunya. m4tin masih terlalu muda, saya tidak nampak apa yang diminati setakat ini selain dia sangat berani dan seorang yang lucu.

“Ketika arwah masih hidup, kami tidak sempat merancang apa-apa untuk Ayash. Sekarang ini, saya berharap agar dia menjadi seorang tahfiz. Insya-Allah, saya akan usahakan,” katanya.

Jodoh

Meskipun terlalu awal untuk berbicara soal jodoh, Shuib bagaimanapun bersikap terbuka tentang perancangan Allah buatnya pada masa hadapan.

Akui usahawan itu, hatinya masih kosong dan belum ada wanita yang berjaya mencvri tempat mengisi kelompongan yang ada.

“Soal jodoh dan aj4l, Allah yang tentukan. Jika saya kata, janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan. Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh.

“Jika esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya pun sudah matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan,” tegas Shuib.

Biarpun begitu terdapat syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membenarkan hatinya kembali dimiliki.

BIAR sesekali tewas dengan perasaan rindu tidak berpenghujung, Shuib kini mula berdamai dengan takdir dan mengatur langkah demi masa depan keluarganya.

“Sebagai manusia, sudah fitrah kita ingin berkasih sayang dan ada yang menemani. Namun, saya lebih fikirkan anak-anak. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak.

“Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Terutamanya Talita yang saya lihat lebih banyak berdiam berbanding dahulu. Sebelum ini, dia selalu berkongsi cerita, pakaian dan alat solek bersama arw4h ibunya.

“Walaupun saya cuba yang terbaik, pasti ada ruang-ruang kosong yang tidak mampu saya isi kerana saya lelaki, tidak memahaminya seperti mana seorang ibu. Cepat atau lambat jodoh, saya serah pada Allah,” kata Shuib yang mengaku suka wanita yang manja dan pandai menyanyi.

Beralih tentang kerjaya, selepas beberapa bulan berehat, Shuib akan kembali sibuk pada tahun ini apabila perniagaan BubbleBee mula masuk ke pasaran antarabangsa. Antaranya Singapura, Brunei, Indonesia, Amerika Syarikat, Mekah dan Madinah.

“Tahun ini memang saya akan lebih sibuk dengan perniagaan kerana BubbleBee akan ke peringkat antarabangsa. Bukan mudah, perlukan pasukan besar dengan projek berskala mega.

“Di sebalik ujian, saya bersyukur. Allah hadirkan rezeki dan sokongan yang kuat daripada rakyat Malaysia. Terus doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,” luah Shuib menutup bicara.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.kosmo.com.my/

Be the first to comment on "Kalau Shuib kahwin semula, semuanya demi anak-anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*