Wani Kayrie Buka Tahun Baru Dengan Mendapatkan ‘Self Reward’ Pada Usia Muda

Pada tahun 2022,Pelakon Wani Kayrie dapat membeli kereta Mercedes-Benz CLA180 pada usia mudanya dengan harga yang difahamkan mencecah RM200,000.

Menurut Wani atau atau sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah, 22, kereta berkenaan adalah hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja sejak menceburi bidang seni.

“Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian. Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back to back kerja sampai sakit. Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life,”katanya

Wani berterima kasih kepada mamanya atas kejutan dan kepada pusat jualan kereta kerana telah memudahkan urusan membeli kereta.

Pssst.. ada yang nak sponsor wrap kereta tak? 🤣

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Kerjaya hiburan Wany Kayrie bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang 2010.Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu “Jangan Jangan”. Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.

Apa-apa pun, kita doakan Wany Kayrie terus kembang maju dan semoga kejayaan Wany Kayrie ini menjadi inspirasi buat kita semua.

Komen Rakan2 Artis:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Ig Wani Kayrie

Be the first to comment on "Wani Kayrie Buka Tahun Baru Dengan Mendapatkan ‘Self Reward’ Pada Usia Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*