‘Abang Viva’ akan jadi ‘Abang 4X4’ beberapa hari lagi

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan tampil menjelaskan perkara yang sebenar selepas niat murninya untuk menolong ‘Abang Viva’ mengundang kec4man orang ramai di laman sosial.

Dipercayai, perkara itu tular apabila beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan, 29, tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu m4ngsa banjir di Pahang.

 

“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah teruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu.

“Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.

“Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor semalam.

“Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini.

“Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.

Sementara itu, Azwan melalui Live Facebook memberitahu akan menerima kereta pacuan empat roda daripada Sha minggu hadapan selepas beberapa urusan diselesaikan. Dia juga meminta orang ramai tidak lagi mengec4m Sha dan membuat pelbagai tuduhan.- K!ONLINE

 Kemuliaan hati pemuda dari Melaka ini membantu mangsa-mangsa banjir menggunakan bot persendiriannya telah membuatkan ramai yang kagum dengan kebaikkan yang ditunjukan.

Sama sekali tidak mengharapkan populariti, pemuda berusia 28 tahun ini telah memandu seorang diri dari Melaka.a

Dia telah menuju ke kawasan-kawasan banjir dengan hanya berbekalkan RM50 demi menyelamatkan ramai mangsa.

Disebabkan itu, dia telah menjadi perhatian ramai dan digelar ‘Abang Viva’ oleh masyarakat media sosial.

Namun, sebalik kemurnian hatinya membantu orang lain, ternyata dia sendiri telah menjadi kebanggaan keluarga.

Ia apabila sudi menjaga dua orang anak kakaknya yang telah meninggal dunia walaupun dia sendiri belum berkahwin.

Azwan Omar rasanya tidak perlu diperkenalkan

Hal tersebut diceritakan sendiri Azwan ketika dihubungi oleh UtusanTV.

Pemuda tersebut secara berseloroh memaklumkan dia masih ‘single’ memandangkan belum berkahwin lagi.

  

Jaga anak yatim, tolong orang susah mulianya hati

   

Silap haribulan dia kahwin ramai yang nak sponsor

   

Ditanya perihal tindakannya yang mengambil cuti kecemasan demi membantu mangsa-mangsa banjir, pemuda berkenaan menyatakan yang dia bertawakal sahaja.

Ketika mula bergerak ke Selangor dengan membawa bot yang biasa digunakan untuk memancing, dia berserah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kagum dengan kisah hidup Abang Viva yang ramai tidak tahu.

Oleh sebab itu, ramai yang beranggapan bahawa darjat pemuda tersebut diangkat oleh Allah S.W.T disebabkan ketulusan hatinya membantu ramai orang tidak kira ahli keluarga serta mangsa banjir ketika ini.

Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menerima ganjaran yang baik daripada Maha Pencipta.

‘Abang Viva’ Redah ke Pahang, Digelar Hero Banjir, Tapi Ada Pula yg Panas Hati

Selepas menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Selangor, seorang pemuda Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’.

Dia dikhabarkan telah bertolak ke Pahang pula bagi membantu mereka yang memerlukan.

Menerusi beberapa posting di laman Facebook, orang ramai mendakwa terlihat kelibat pemuda berusia 29 tahun tersebut memandu di jalan raya.

Dia membawa juga bot dengan menggunakan keretanya, Perodua Viva menuju ke negeri Darul Makmur itu.

Seorang individu, Adam Shah Mukhrizs turut mengesahkan perkara terbabit menerusi group Geng Viral Melaka.

Ia selepas mendakwa telah menghubungi kakak Azwan yang mengatakan pemuda dari Melaka itu kini berada di Bera.

Lepas dia pulang melaka, kita akan buat ‘live’

Ada kat Bera, baru telefon kakak dia

Meninjau reaksi warganet di laman Twitter pula, ramai mengagumi sikap murni dan keprihatinannya menyumbang tenaga.

Ia sehingglah berjaya menyelamatkan nyawa puluhan m4ngsa yang terperangkap dalam kediaman.

Sejuk perut mak dia…

Sejuk perut ibu mengandung…Azwan Omar, abang yang viral lepas sanggup angkut bot atas kereta kecilnya dari Melaka ke Selangor.

Sanggup minta cuti kecmasan dari majikan semata-mata nak tolong mereka yang terperangkap banjir.

Dalam poket pula katanya ada RM50 je. RM20 duit minyak bot, lagi RM30 lagi untuk beli roti,air buat alas perut. Tidur pun dalam bot

Hidup biasa tapi berjiwa luar biasa.

Rata-rata menyifatkan pemuda yang bekerja sebagai operator mesin itu adalah hero sebenar.

Malah ada juga segelintir menggesa agar Azwan diangkat sebagai ikon atau diberi gelaran Datuk tanda penghargaan.

Siapakah Tokoh Negarawan Tahun 2022

Syabas atas khidmat anda!

Syurga tertinggi untuk brader!

Bagi dia gelaran Datuk

Terdahulu, kisah Azwan tular di media sosial apabila nekad membantu mangsa yang terjejas selepas memohon cuti kecemasan daripada majikan selain hanya mempunyai RM50 untuk ke Lembah Klang.

Namun, hasil risikan di komen-komen media sosial, ada juga yang oanas hati dengan kebaikkan yang Azwan telah lakukan.

Menurut mereka, Azwan hanya mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri di kesempitan orang lain.

Walau apa pun pendapat orang, kenang dan ingatlah kisah manusia hebat yang bernama Azwan Omar ini aka “Abang Viva”. Kisah beliau seperti berikut :

1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya.

2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50 saja. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.

3. Dia bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecemas4n dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir.

4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.

5. Sejak lima hari lepas, Abang Viva hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan m4ngsa-m4ngsa banjir.

6. Cerita dia tersebar menyebabkan orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

7. Abang Viva berkata, “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun.

Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua.

Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir”

8. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia hanya orang biasa tanpa pangkat dan gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa. Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jiwa dan budi.

9. Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha Abang Viva menyelamatkan mangsa banjir. Abang Viva hero kami!

 

Sumber: Facebook , Twitter

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://transformasi.host

Be the first to comment on "‘Abang Viva’ akan jadi ‘Abang 4X4’ beberapa hari lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*