Ayda Jebat Tak Sedia Bawa Bayi Jumpa Keluarga Dan Kawan

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat memohon maaf seandainya dia dan suami terpaksa bersikap keterlaluan kerana masih belum bersedia bertemu dengan ahli keluarga sendiri dan rakan-rakan.

Bimbang dengan keadaan semasa ketika ini ditambah dengan penemuan vari4n baru Omicr0n, Ayda berkata dia lebih mengutamakan keselamatan walaupun hatinya rindu untuk bertemu.

“Minta maaf kepada keluarga dan kawan-kawan kalau rasa saya dan suami keterlaluan tentang hal ini.

“Bukan tak nak jumpa. Hati memang dah rindu. Nak gelak ketawa bersama-sama. Nak bagi jumpa bayi kami tapi tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda kami utamakan,” katanya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story itu juga, Ayda turut memuat naik video sedutan sidang akhbar yang dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu.

Kata Ayda lagi, dia dan suami masih belum belum bersedia untuk bertemu orang lain serta mengucapkan terima kasih kerana memahami mereka. “Kami masih belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti.

Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang kalian sangat dan rindu semua. Termasuk AJSCREAMER (kelab peminatnya).

#StaySafeAll,” tulisnya. Pada 1 Januari lalu, Ayda menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami, Nabil Mahir.  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber:Instagram Ayda Jebat

Be the first to comment on "Ayda Jebat Tak Sedia Bawa Bayi Jumpa Keluarga Dan Kawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*