‘Menitis Air Mata’ Melihat Foto Heliza, Ustzh Asma’ Beritahu Dulu Dia Khwin Tak Pakai Inai Pun

Di Facebook, Ustazah Asma’ Harun berkongsi beberapa perkara menarik mengenai majlis pernikahan penyanyi dan aktiv1s kemanusiaan iaitu Heliza Helmi.

Bukan itu sahaja, Ustazah Asma turut berkongsi det1k perkenalannya dengan Heliza.

Menurut Ustazah Asma, Heliza seorang yang sangat tenang dan ceria.

Bahkan, wanita tersebut tidak pernah membebankan fikirannya berhubung soal jodoh.

Ujar Ustazah Asma lagi, dia sendiri menitiskan air mata sewaktu melihat gambar dan video majlis pernikahan Heliza bersama pasangannya iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman.

“SubhanaAllah, adinda Heliza Helmi yang mulia dan dihorm4ti telah sah menjadi seorang isteri.

Entah kenapa tiap kali melintas gambar dan video pernikahannya mudah menitis air mata. Iya, bahagia dan sungguh bahagia melihatnya.”

Menerusi perkongsian di Facebook juga, Ustazah Asma kagum melihat penampilan Heliza dan cara majlis pernikahannya dilakukan.

Jelas Ustazah Asma, semua itu membuatkan dirinya tersenyum sendirian.

Ini kerana, apa yang dilakukan oleh Heliza sama seperti apa yang dilakukan olehnya pada 17 tahun yang lalu di saat menjadi pengantin.

“Pengantin yang bernama Heliza Helmi tidak berinai? atau sangat sedikit hingga tidak nampak inainya.

Pada hari ni dimana para pengantin wanita mula berinai hingga pergelangan tangan, dilukis dengan ukiran bunga dan lain-lain.

Beliau memilih sesuatu yang minimalis namun sangat manis.

Solekan wajah yang sangat semulajadi hingga seperti tidak bersolek, pakaian, majlis dan pembawakan juga sederhana walaupun pasangan seorang jutawan.

Tiada babak romantik yang ditonj0lkan, sifat malu itu telah mengindahkan semuanya. Tahniah buat keduanya. MasyaAllah”

Berkongsi mengenai kisah 17 tahun yang lalu, Ustazah Asma memberitahu bahawa ibu dan ayahnya tidak memberi keizinan buat mana-mana anak perempuan untuk memakai inai sewaktu hari pernikahan.

Ini kerana, inai mengambil masa yang agak lama untuk hilang.

Bukan itu sahaja, tidak semua orang tahu yang ‘pemakai’ inai tersebut merupakan pengantin baru.

“Apa orang fikir, berpakaian labuh menutup tapi tetap menarik, jari perempuan ni jika diletak inai memang nampak menarik.

Sebab tu ada pelbagai pewarna kuku, ia dah jadi satu solekan yang menarik, daripada hukumnya harus, bimbang jadi tabarruj, jagalah diri, selagi boleh elak maka elaklah.

Selain inai, pengantin wanita tidak dibenarkan langsung keluar daripada rumah, dan hanya pengantin lelaki sahaja boleh keluar.

Bagi sesiapa yang nak jumpa pengantin perempuan, mereka perlu masuk ke dalam rumah.

Hanya tetamu perempuan sahaja dibenarkan masuk. Tiada sebarang solekan yang diletakkan di muka pengantin kecuali bedak dan sedikit celak ujar Ustazah Asma.

Tambah Ustazah Asma, dia percaya keredhaan Allah lebih utama daripada segala yang lain.

“Harap sahabat tidak salah faham. Ini bukan mengatakan bahawa perbuatan berinai dan yang lain-lain itu menunjukkan suatu yang kurang baik, tidak sekali.

Saya hanya berkongsi satu sudut nilai pandang yang berbeza, yang mungkin tidak biasa, tapi ia masih diterima.

Inai dan solekan, romantik juga bukanlah satu kewajipan hingga dikatakan pengantin tiada seri tanpanya.”

Di akhir perkongsian, Ustazah Asma menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk merendahkan sesiapa.

Perkongsian yang dilakukan sekadar menyingkap kebaikan yang berada di hadapan mata dan sebagai satu renungan bersama.

Sumber: Ustazah Asma Harun

Masih ramai lelaki di luar sana yang tak boleh move on dengan berita perkahwinan Heliza Helmi ke? Sabarlah gais, bunga bukan sekuntum ok! Tapi sebenarnya, ramai lagi yang tak boleh move on tengok janggut mencecah paras perut milik suami pilihan hati Heliza ni. Korang ni biar betul?

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebenarnya adalah seorang usahawan berjaya yang bergelar jutawan dan cukup aktif berkongsi ilmu kepada orang ramai dalam bentuk video pendek.

Imej janggut yang lurus milik Mahadi sememangnya menjadi sesuatu yang unik untuk orang mengenalinya selama ini. Selain dipuji mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad, masih ramai juga yang mungkin tidak mengenali beliau sehingga mengutvk imej tersebut.

Ada juga yang mempersoal mengapa Heliza memilih Mahadi sebagai suami.

Why him Heliza why?

Mahadi sudah 17 tahun simpan janggut

Melihat pada perkongsian seorang pengguna TikTok @produk.muslim.bmf, difahamkan Mahadi telah menyimpan janggutnya itu sejak 17 tahun yang lalu. Ahli perniagaan dan jutawan dari Pulau Pinang ketika itu baru berusia 22 tahun.

Dia punya janggut orang lain pula nak r1mas

Apapun hentikanlah kvtukan terhadap imej orang lain. Kita tidak layak untuk menentukan apa yang terbaik untuk orang lain. Bagi kami komen sampai persoal kenapa Heliza memilih Mahadi sebagai suami sudah agak melampau dan tidak sepatutnya dipersoal. Kita doakan sahaja agar masjid yang dibina mereka berdua kekal hingga ke syurga, Amin.

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman Kongsi Cara Penjagaan Dan Macam Mana Kereta Hot Wheel Di lektakan Ke Badan Kereta Jaguar Milik Beliau

Biasanya, foto kereta dihiasi kereta mainan ‘Hot Wheel’ hanya dapat dilihat pada kertas dinding, tetapi Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman berjaya menampilkannya dalam bentuk realiti.

Menggunakan kereta pertama beliau jenis Jaguar, ahli perniagaan berusia 34 tahun itu melekatkan lebih 4,600 kereta mainan berkenaan pada seluruh kereta yang beliau beli 12 tahun lepas itu.

“Saya suka idea kreatif. Di samping itu, oleh kerana Jaguar adalah kereta pertama saya dan mempunyai nilai sentimental bagi saya, maka saya ambil keputusan untuk menzahirkan idea itu pada kereta berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kereta yang beliau hias secara penuh kreativiti itu menarik perhatian banyak orang dan sesetengahnya merakamkan foto atau beraksi dalam swafoto di pelbagai tempat apabila mereka berpeluang melihat kereta berkenaan, termasuk ketika beliau meletakkannya di kompleks beli-belah.

“Saya gembira apabila orang lain gembira. Ada yang cuba menyuruh saya berhenti ketika memandu di jalan raya. Setakat ini, tidak banyak kereta mainan berkenaan yang hilang. Sudah tentulah saya perlu letak kereta saya di tempat lebih selamat apabila keluar,” katanya.

Kerja menghiasi kereta itu mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk siap dengan perbelanjaan RM20,000 dan kereta mainan berkenaan dilekatkan menggunakan gam kaca khas.

Beliau berkata, sejak mula menggunakan kereta yang dihiasi secara unik itu pada awal Januari, banyak orang ingin membelinya.

“Tak pernah terlintas langsung di hati saya untuk menjual kereta ini kerana inilah kereta impian saya sejak kecil lagi,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mencurahkan idea itu pada keretanya yang lain, Mahadi berkata pada masa ini, beliau tidak berhasrat berbuat demikian, walaupun pernah juga terfikir juga untuk menghiasi blazer atau sut dengan kereta mainan jenis sama.

“Idea ini mungkin pelik bunyinya, tapi jika kita kreatif, kita akan bersikap lebih positif,” kata beliau.

 

Sumber: OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment on "‘Menitis Air Mata’ Melihat Foto Heliza, Ustzh Asma’ Beritahu Dulu Dia Khwin Tak Pakai Inai Pun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*