Berk4hwin Dengan Jejaka Niger1a, Vicha Tak Ada Ni4t S0rok Perk4hwinan Kedua

Pelawak dan pelakon Vicha mengakui tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinan keduanya dengan seorang jejaka warganegara Nigeria, dikenali sebagai Johnson.

Menurut Vicha dia tidak mend3dahkan mengenai perkahwinannya kerana tidak mahu berkongsi hal peribadi, tambahan lagi pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini.

Bagaimanapun Vicha berasakan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk berkongsi kepada umum terutama para peminat yang sering tertanya-tanya mengenai lelaki yang selalu ada bersamanya itu.

“Betul, saya bukan j4nda lagi. Saya sudah berkahwin kali kedua tiga tahun lalu dan memiliki seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide, yang sudah berusia dua tahun.

“Saya dan suami berkenalan sejak tahun 2015. Dia seorang mualaf dan sudah memeluk agama Islam. Saya minta maaf kerana tidak beritahu lebih awal, bukan berniat merahsiakan tetapi saya tak mahu nanti orang kata semua benda pun nak kecoh.

“Tetapi sekarang ini saya rasa sudah sampai masanya sebab ada yang bertanya tentang Johnson sebab selalu nampak kami bersama. Sebelum ini pun yang tahu je tahu.

“Saya harap dengan pended4han ini tidak akan tercetus spekulasi sekaligus dapat mengelakkan fitn4h,” katanya.

Berkongsi mengenai suaminya itu, Vicha berkata Johnson seorang lelaki yang bertanggungjawab dan matang.

“Masa kami berkawan, saya sudah beritahu kepada dia yang saya tidak mahu dikec3wakan lagi. Bukan mudah saya nak buka pintu hati saya. Saya pernah melalui pengalaman mem3ritkan sebelum ini.

“Tetapi dia meyakinkan saya yang dia tidak akan mengec3wakan saya dan mempamerkan kesungguhan. Dia seorang pendiam berbeza dengan saya. Tapi dia ada sisi kelakar yang kadang-kadang punch-line dia tu saya pun tak terfikir!

“Dan selepas berkahwin, dia (suami) yang banyak bagi semangat kepada saya. Dulu masa mula-mula berniaga bakso dia tolong saya gentel bakso, memasak sampailah hantar sendiri kepada pelanggan.

“Bila bakso tak habis, setiap hari kami makan bakso! Bakso sup, goreng setiap hari. Alhamdulillah susah senang dia ada bersama saya.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki kebahagiaan ini kepada saya,” katanya.

Tambah Vicha lagi, sebelum mendirikan rumah tangga anak-anaknya dari Indonesia datang ke Malaysia dan bersetuju jika ibu mereka mahu berkahwin.

“Anak-anak tahu hubungan kami dan ketika mereka datang ke Malaysia, mereka beritahu saya kalau sudah suka kahwin sahaja.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja dan anak-anak menerima bapa baru dan adik mereka. Tambah-tambah lagi selama lebih 10 tahun mereka tidak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa.

“Mereka juga sangat rapat dengan Johnson, Alhamdulilah…” katanya.

Terdahulu, Vicha berkongsi kandungan video di laman sosial YouTube mengenai status dirinya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Berk4hwin Dengan Jejaka Niger1a, Vicha Tak Ada Ni4t S0rok Perk4hwinan Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*