Rumah dan Kereta Mewah Irwansyah dis1ta angkara Adik sendiri yang kini jadi Burvan Polis

DIK kepada pelakon popular Indonesia, Irwansyah iaitu Hafiz Fatur kini menjadi burvan polis kerana disyaki melakukan jen4yah penyel3wengan duit.

Memetik laporan Liputan 6, pelakon tersebut menjadi salah seorang m4ngsa apabila Hafiz Fatur memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank.

Dokumen tersebut ialah surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungkar.

“Anak guam kami terkejut apabila sebuah bank menghantar bil ke rumahnya mengatakan Irwansyah tidak membayar ansuran berkaitan pinjaman wang di bank berkenaan. Dia terkejut bagaimana boleh dibilkan walaupun tidak pernah membuat pinjaman.

“Setelah disemak, saya dapati banyak surat yang mengesyaki Hafiz memalsukan tandatangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar atas kepentingannya untuk meminjam wang daripada bank. Pinjaman itu berjumlah Rp 1 hingga Rp 2 bilion,” kata peguam mewakili Irwansyah, Muhammad Zakir Rasyidin.

Irwansyah terkejut dengan sikap adik sendiri.

Irwansyah dan isterinya terkejut, apabila mereka menerima tuntutan bayaran berjumlah yang banyak sedangkan tidak pernah membuat sebarang pinjaman.

Terkilan dengan perkara itu, Irwansyah akhirnya membuat laporan kepada pihak polis Polres Metro Jakarta Selatan pada 19 November lalu.

“Akhirnya pada November lalu, sebagai peguam, saya membuat laporan di Polis Jakarta Selatan berhubung pemalsuan surat.

“Sebab yang kami dapati adalah perjanjian kredit, surat pelepasan hak, kemudian ada surat penyata dengan tandatangan Zaskia dan Irwansyah. Tetapi Irwansyah tidak pernah berjumpa pihak bank,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Kredit : mSar via trending

Be the first to comment on "Rumah dan Kereta Mewah Irwansyah dis1ta angkara Adik sendiri yang kini jadi Burvan Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*