Shuib Ded4hkan Ciri-Ciri Wanita Yang Dia Idamkan Demi Anak2 “Hati Saya Masih Untuk Siti Sarah”

Dek keindahan cinta dan hubungan suami isteri mereka bukan dibuat-buat, maka tidak mudah andai berbicara soal pengganti.

Itulah hakikat bagi Shuib yang terus menyimpan kemas hubungan cinta dan kasihnya kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang sudah lima bulan pergi menghadap Ilahi.

Malahan pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad, 38, kurang gemar andai diajak berbicara soal jodoh.

Menurut laporan Kosmo, meskipun masih terlalu awal bercerita hal itu, pelawak tersebut bersikap terbuka menerima perancangan Allah ke atasnya pada masa hadapan.

“Soal jodoh dan ajal, Allah yang tentukan. Jika saya kata, janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua.

Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan.

Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh.

“Jika esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya kepada-Nya. Saya pun sudah matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu keinginan dalam sesebuah perkahwinan,” katanya.

Andai sudah terdetik soal jodoh, Shuib juga mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membenarkan hatinya kembali dimiliki.

“Sebagai manusia, sudah fitrah kita inginkan peneman untuk berkasih sayang. Namun saya lebih fikirkan anak-anak. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak.

“Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Terutamanya Talita yang saya lihat lebih banyak berdiam berbanding dahulu. Sebelum ini, dia selalu berkongsi cerita, pakaian dan alat solek bersama arwah ibunya.

“Walaupun saya cuba yang terbaik, pasti ada ruang-ruang kosong yang tidak mampu saya isi kerana saya lelaki, tidak memahaminya seperti mana seorang ibu. Cepat atau lambat jodoh, saya cuma berserah,” katanya.

Tambah Shuib, antara ciri-ciri wanita pilihannya ialah seorang yang manja dan pandai menyanyi.

Sarah, 37, men1nggal dun1a pada 9 Ogos lalu akibat Cov1d-19, setelah tiga hari ditidurkan.

Shuib dan Siti Sarah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

 

Sumber: BOOM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://printlyrics.net

Be the first to comment on "Shuib Ded4hkan Ciri-Ciri Wanita Yang Dia Idamkan Demi Anak2 “Hati Saya Masih Untuk Siti Sarah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*