“Sayangggg tukar filter” Lawak Haris Main2 ‘Filter’ Diminta Tukar Oleh Neelofa Raih Perhatian Ramai

Platform seperti Instagram antara yang juga cukup terkenal bagi ramai selebriti untuk lebih dekat berkomunikasi dengan para peminat mereka disamping dapat berkongsikan sendiri perkembangan kerjaya mereka.

Tidak hanya itu, dengan adanya ciri IG live membuatkan kebanyakan selebriti juga lebih mudah untuk berkongsikan pelbagai info seperti yang sering dilakukan oleh pasangan selebriti usahawan, Neelofa dan Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz.

Boleh dikatakan, ramai juga peminat dan pengikut mereka yang semakin kenal dengan perangai lucu pasangan bagai pinang dibelah dua ini.

Jika beberapa hari lalu tular Haris Ismail diusik Neelofa kini terbaru nampaknya sekali lagi gelagat mereka mencuit hati warganet selepas dikongsikan semula oleh individu atas nama akaun, Ainunumirah di TikTok.

Menerusi video memaparkan Haris Ismail yang sedang dalam sesi IG live dan apa yang melucukan dia menggunakan filter yang akhirnya ditegur oleh Neelofa untuk menukarnya.

Video:

@ainunumirah___ Haha garang betul bunyinya tu. Tejut pak ustad 🤣🤣 haa ok ok . Terus tukar filter 😂😂 #neelofa #puriz #harisismail #neelofafans #fyp #foryou ♬ bunyi asal – ainunumirah

Rakaman yang mencvri tumpuan warganet itu ternyata dengan pantas pula menerima pelbagai komen lucu yang terhibur dengan Neelofa dan suaminya manakala ada juga yang mulai perasan Haris Ismail suka bermain filter dalam sesi IG live sekali gus menghiburkan ramai.

Komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Tiktok

Be the first to comment on "“Sayangggg tukar filter” Lawak Haris Main2 ‘Filter’ Diminta Tukar Oleh Neelofa Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*