“Jangan Bagi Alasan B0doh..” -Mael XPDC Kecew4 Dengan Man

Kuala Lumpur: Penyanyi XPDC, Mael kecewa dengan tindakan bekas pemain dram May, Man yang mengambil video rumahnya di Muar, Johor untuk ‘content’ (kandungan) saluran YouTube tanpa kebenarannya, baru-baru ini.

Mael yang juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Man berkata, dia tidak pernah menyatakan persetujuan membenarkan Man mengambil video berkenaan untuk kandungan YouTube.

“Saya kecew4. Cerita sebenarnya mana ada saya berjanji pun. Man kata nak datang Muar jumpa saya. Saya cakap jumpa di luar tak sangka dia nak buat ‘content’ untuk YouTube.

“Saya tak terfikir pun dia nak datang rumah. Dia minta kongsi lokasi tapi saya cakap datanglah bandar Muar dan sampai di situ kita jumpalah di mana-mana. Kami memang tiada masalah antara satu sama lain kerana kenal lama dari zaman muda sampailah sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Mael berkata, dia kecew4 dengan cara Man kerana ketika itu dia sedang mengalami semput selain batuk dan selesema.

“Saya terfikir nak jumpa dia dua, tiga hari selepas itu. Tak sangka dia nak terjah macam itu. Saya kecew4 bila dia rakam. Saya difahamkan ramai juga yang beng4ng dengan dia. Saya percaya apa yang dilakukan bukan atas permintaan peminat tapi atas matlamat cari wang. Jangan bagi alasan b0doh. Dah berusia begini tak payahlah bagi alasan remeh,” katanya kepada Harian Metro.

Mael berkata, tindakan Man itu seolah-olah mahu mengaibkannya, lebih-lebih dia membawa seorang lelaki dari Ipoh yang iras Mael kononnya itu ‘Klon Mael’.

“Nampak ada agenda dan rencana dia. Rasanya dia tahu tak dapat jumpa saya ataupun dia tahu benda ini saya tak setuju,” katanya.

Menurut Mael, sekiranya diberitahu awal, temubual boleh dibuat, namun janganlah melanggar privasi apabila menayangkan video rumah pusaka keluarganya sehingga mengejutkan ahli keluarganya yang lain. “Saya ada privasi keluarga yang perlu dijaga. Kita rasa ada hak kita yang tak boleh dikongsi dengan orang. Saya tak tahu niat dia.

“Saya tak boleh cakap banyak kerana sudah serahkan kepada peguam untuk tindakan seterusnya. Mungkin boleh buat saman malu dan selepas ini akan ada sidang media lanjut,” katanya.

Mael berkata, dia juga beng4ng apabila Man menerusi video di YouTube mendakwa dia lari ke hutan apabila Man tiba di rumahnya.

“Ini semua tuduhan liar sampaikan orang hentam saya. Macam sengaja nak malukan saya. Apa niat dia sebenarnya?,” katanya.

Mael berkata, rakaman itu sepatutnya boleh dibatalkan dan mungkin boleh dibuat hari lain.

“Orang yang bawa dia ke rumah saya pula sebenarnya ada masalah dengan saya. Nampak macam ada yang tak kena. Kalau buat cara yang betul jumpa, borak di luar saya tak kisah pun.

“Pada hari rakaman, saya memang ada di rumah bersama anak saudara saya. Saya baru lepas makan ubat dan nak berehat serta tidur di bilik. Ketika hampir terlelap, terdengar bunyi kereta. Anak saudara ada di ruang tamu, tapi selepas itu dia tutup pintu kerana nak keluar rumah ada urusan. Saya pula semasa dengar orang bagi salam, memang dah tak berdaya untuk bangun atau jawap panggilan telefon,” katanya.

Mael berkata, Man tidak sepatutnya berbuat demikian dan apa yang dilakukan bertujuan menarik pengikutnya sehingga mengabaikan etika.

Terdahulu, Man ketika dihubungi Harian Metro mendakwa dia mendapat persetujuan Mael untuk merakamkan video di rumah Mael.

Man juga menjelaskan dia mahu menemubual Mael atas permintaan pengikutnya di YouTube.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "“Jangan Bagi Alasan B0doh..” -Mael XPDC Kecew4 Dengan Man"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*