“Jangan Tenung Lama-Lama Ye” – Comel Reaksi Fazura Insecure Ajak Suami ‘Live’

Tak dinafikan sejak akhir-akhir ini, agak lama juga kita tidak mendengar perkembangan aktres Nur Fazura daripada dunia hiburan tempatan berbanding suaminya, Fattah Amin. Meskipun mengambil langkah memperlahankan kerjaya seni demi fokus dalam industri fesyen, tapi ibu kepada Nur Fatima Aisya ini juga sering berinteraksi dengan peminat menerusi sesi live di media sosial.

Fazura malu-malu terkenang projek drama yang mempertemukan dia dan suami

Sebelum ini, reaksi segan Nur Fazura pernah jadi bualan ramai apabila berkongsi mengenai info trivia menarik siri drama ‘Hero Seorang Cinderella’ bersama netizen. Bukan sekali, malah 2 kali dirinya secara spontan menutup muka susulan tahan malu untuk menyatakan di situlah dia berjumpa dengan jodohnya.

@n4dia.hassan Kenapalah mommy fatima ni comel sangat niiii 😍 #fazura #fattahamin #nurfatimaaisya #fyp #foryou #viral #tiktokmalaysia #tudungfazura ♬ Fayahh Robinsonprods – rb

Terbaru, gelagat comel aktres tersebut sekali lagi mencvri tumpuan tatkala Fattah Amin turut menyertai sesi IG Live yang dianjurkannya semalam. Sebaik duduk di sebelahnya, Nur Fazura terus memberi teguran lucu kepada para pengikut agar jangan tenung suaminya terlalu lama. Selain itu, kebahagiaan pasangan suami isteri tersebut juga banyak terserlah ketika mempromosikan koleksi perniagaannya.

“Jangan tenung lama-lama yeee” – Fazura

@n4dia.hassan Sweetnya mereka berdua 🥰 #fazura #fattahamin #fattzura #nurfatimaaisya #tiktokmalaysia #fyp #foryou #viral ♬ suara asli – 🌺𝓗𝓳. 𝓐𝓷𝓷𝓪🌺

Dia punya cembvru tu sampai boleh goyang lutut suami. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui perwatakan Nur Fazura juga semakin kelakar sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja terhibur kerana saling menyakat, malah mereka juga tumpang bahagia melihat kebahagiaan pasangan artis ini.

“Jangan Tenung Lama-Lama Ye” – Comel Reaksi Fazura Insecure Ajak Suami ‘Live’

“Jangan Tenung Lama-Lama Ye” – Comel Reaksi Fazura Insecure Ajak Suami ‘Live’

“Jangan Tenung Lama-Lama Ye” – Comel Reaksi Fazura Insecure Ajak Suami ‘Live’

“Jangan Tenung Lama-Lama Ye” – Comel Reaksi Fazura Insecure Ajak Suami ‘Live’

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : TikTok n4dia.hassan

Be the first to comment on "“Jangan Tenung Lama-Lama Ye” – Comel Reaksi Fazura Insecure Ajak Suami ‘Live’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*