“Satu Penghormatan Bisa Berada Di Buku ‘Successful People In Malaysia’,” – Tya Arifin

Usahawan Tya Arifin bersyukur selepas namanya diiktiraf sebagai antara individu paling berjaya di Malaysia sepanjang tahun 2021 menurut sebuah ensiklopedia biografi terbitan BritishPedia.

Menurut Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, dia menyifatkan pengikhtirafan ini sebagai satu penghormatan sebagai usahawan yang telah memulakan bisnes di Malaysia sejak tiga tahun yang lalu.

“Alhamdulillah bersyukur sekali Tya berada di dalam buku ini. Yang rasa terharu adalah walaupun Tya asal dari Indonesia, dan sudah tinggal enam tahun di Malaysia, dan sudah tiga tahun membina bisnis Mutyara, suatu penghormatan bisa berada di buku ini, ‘Successful People in Malaysia’.

Rasa terharu itu dikongsikan sendiri oleh artis kelahiran Indonesia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Jelas isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid ini lagi, kejayaan tersebut sebenarnya banyak didorong melalui berkat kerjasama secara berpasukan.

“Satu yang Tya mahu share iaitu, kesuksesan adalah kerjasama. Tak ada istilah kamu sukses kerana kamu sendiri, tidak.

“Dia memerlukan kerjasama untuk membina kejayaan, kerjasama bersama pasangan, kerjasama bersama team, kerjasama bersama usahawan, kerjasama bersama Pelanggan dan paling penting kerjasama bersama Allah, sang Pencipta.

“Terimakasih sekali lagi kepada kalian rakyat Malaysia, yang sudah sangat menerima Tya since day one Tya berada disini. Malaysia sudah jadi ‘part of my life’,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Tya turut memaklumkan dia kini sudah menganggap Malaysia sebagai sebahagian daripada hidupnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga Tya akan lebih sukses lagi selepas ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

“Syukur Alhamdulillah, Ya Allah Puan Tya, terharu dan bangganya. But you deserved it Pn Tya. You are the best MenThor!

“Alhamdulillah tahniah Puan Tya. Syukur nikmat. Terharu hati saya.

“Wow alhamdulillah tahniah Puan Tya. Proud of you.

“Alhamdulillah. Tahniah Puan Tya. Inilah hasil yang tak pernah mengkh1anati usaha…Proud of yo,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Komen Netizen:

Sekadar informasi, Tya dan suaminya, Asyraf Khalid yang juga merupakan anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun mendirikan rumah tangga pada November 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

 

Sumber: Instagram Tya Arifin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Satu Penghormatan Bisa Berada Di Buku ‘Successful People In Malaysia’,” – Tya Arifin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*