“Kasihan Laki Kau Kak” – Dikec4m Pakai Baju ‘Tak Cukup Kain’, Ini Respons Nad Zainal

Pelakon, Nad Zainal menjadi perhatian netizen apabila berpenampilan terlalu sekksi serta mencolok mata bahkan menampakkan bahagian pangkal payu daranya.

Menerusi hantaran dalam Instagram miliknya, Nad berkongsi beberapa keping gambar memaparkan dirinya terlibat dengan penggambaran untuk montaj sebuah naskhah baharu lakonannya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun menjadi sasaran netizen kerana disifatkan terlalu sekksi dan tidak sesuai dengan dirinya.

“Makin cantik, Makin kurang kain. Berlakon best.” tulis seorang pengguna Instagram.

“Baju ambil v4ksin. Kasihan laki kau kak” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menggesa Nad agar segera bertaubat dan berasa simpati terhadap suami pelakon itu, Muhammad Faliq Amirudin kerana terpaksa menanggung d0sa perbuatan si isteri.

Walaubagaimanapun, menerusi hantaran terbaru di laman Instagramnya, Nad Zainal menyelar segala kata-kata buruk netizen dengan memuatnaik sebuah video pendek dan berkata bahawa dia tidak kisah dengan segala kecaman kerana bagaimana dia jalani hidupnya adalah pilihannya.

“To haters…IDGAF, my life my choice” tulisnya.

Walaubagaimanapun perkataan IDGAF itu merujuk kepada singkatan I don’t give a f*ck…yang mana bunyinya agak kasar kan? Apapun mungkin peminat hanya mahu mengingatkan dan beri pesanan agar Nad Zainal jangan melampau dalam berfesyen sehingga habis mendedahkan satu badan lebih-lebih lagi kita beragama Islam yang memang cara berpakaian menjadi sensitiviti dalam persekitaran kita semua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Instagram Nad Zainal

Be the first to comment on "“Kasihan Laki Kau Kak” – Dikec4m Pakai Baju ‘Tak Cukup Kain’, Ini Respons Nad Zainal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*