“Tumpang Rezeki Anak” Posting Terbaru, Hairul Azreen Teruja Dapat Jemputan Mewah Daripada Tan Sri Vincent Tan

Rezeki tahun baru buat pasangan ini Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama anak-anak kerana perjalanan kali ini cukup luar biasa apabila dijemput oleh Tan Sri Vincent Tan.

 

Terdahulu pernah menjadi bualan ramai apabila pasangan ini bercuti ke Pulau Pangkor dengan menaiki helikopter selepas kerajaan mengumumkan rentas negeri dibenarkan.

Menuatnaik video di laman instagramnya, Hairul Azreen berasa begitu teruja dengan percutian ini dan merupakan satu rezeki buat anak-anaknya iaitu Alisha dan Yusuf kerana mendapat undangan yang cukup istimewa daripada ahli perniagaan ini.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

A trip beyond our wildest imagination, so honoured to be invited by Tan Sri Vincent Tan on this dream vacation. MasyaAllah for this rezeki for the kids (and us tumpang). What a way to kick off 2022.

Tan Sri Vincent Tan ialah pengasas Berjaya Corporation Berhad, sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia yang mempunyai hubungan dengan pelbagai industri, termasuk pembangunan hartanah dan telekomunikasi.

Sekadar pengetahuan, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisha Aisyah.

Menjengah diruangan komen, rata-rata netizen meniggalkan komen yang cukup teruja dan terharu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: ig Hairul Azreen

Be the first to comment on "“Tumpang Rezeki Anak” Posting Terbaru, Hairul Azreen Teruja Dapat Jemputan Mewah Daripada Tan Sri Vincent Tan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*