Disoal ‘Bila Mahu Tambah Anak’, Diana Danielle Beri Jawapan Padu!

Pelakon, Diana Danielle tampil memberikan penjelasan selepas terdapat pihak yang mahunya untuk “tambah anak” selepas anak keduanya Nur Aurora kini sudah berusia 6 tahun.

Masih Perlu Bimbingan Sebelum Ke Fasa Remaja

Menerusi posting di Instagram, Diana memberikan penjelasan bahawa walaupun anak keduanya, Aurora kini sudah berusia 6 tahun, mereka masih memerlukan bimbingan dan input sebelum melangkah ke fasa remaja.

“Anak dah besar tambah la lagi sorang” 

“Yes betul anak yang kedua pun dah 6 tahun, tapi bagi D inilah usia diorang perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja.

Nampak saja ‘besar’ tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yang makin rumit, makin ‘deep’. cvriosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar.”-Diana Danielle

Bergantung Pada Kemampuan Masing-Masing

Jelasnya lagi, Diana turut menjelaskan bahawa seorang anak pun sudah menjadi amanah seumur hidup dan seharusnya bergantung kepada kemampuan masing-masing selain dari faktor wang ringgit.

“D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup. So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa.

Masa yang tepat akan tiba apabila kita merasakan ia harus terjadi. Ibu bekerja lagi lah kena fikir lebih. Tak nak baby baru membesar dengan orang gaji, dengan cikgu taska saja. Itu bukan sebab kita mahu mempunyai anak”-Diana Danielle

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Di akhir penjelasannya, Diana meberitahu bahawa dia mahu menjadi pembimbing dan tempat rujukan untuk anak-anaknya dan mengakui dirinya masih mempunyai banyak perkara keibubapaan yang perlu dilakukan walaupun dengan dirinya sendiri.

” That’s not why we want to have kids.. I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference. Til now – i’ve got a lot more parenting to do. Even with myself” tulisnya.

Lantaran itu , rata-rata peminat dan rakan artis bersetuju dengan pendapat Diana Danielle dan ada juga yang memberikan pandangan serta menceritakan pengalaman mereka masing-masing.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Instagram Diana Danielle

Be the first to comment on "Disoal ‘Bila Mahu Tambah Anak’, Diana Danielle Beri Jawapan Padu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*