Kasut Nabil Ahmad Cvri Perhatian Warganet, Netizen Rajin ‘Siasat’ Harga Anggaran Mencecah….

Penampilan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada malam Gegar Vaganza minggu kelapan mencvri perhatian pengguna media sosial.

Air Jordan harga RM11,919?

Biarpun setiap minggu mengacara bersama Jihan Muse, kali ini kasut Nabil menjadi spotlight warganet. Kasut jenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 itu digayakan bersama sut berwarna oren, semalam.

Tertarik dengan gaya tersebut, netizen lantas mencari harga kasut itu di pasaran. Berdasarkan ciapan di Twitter @HarmanHarison, dia menyatakan kasut itu dianggarkan berharga RM11,919.

Memang suka kumpul kasut

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan pemilik Ahmad Nabil Ahmad.

Malah, ada yang menyifatakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menjadi bualan warganet selepas netizen gigih menggali harga jam tangan mewah dan tudung yang dipakai beliau.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: Twitter @HarmanHarison

Foto: Azrul Rafie

Be the first to comment on "Kasut Nabil Ahmad Cvri Perhatian Warganet, Netizen Rajin ‘Siasat’ Harga Anggaran Mencecah…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*