Akan Kongsi Apabila Tiba Masa, Mimi Lana Sudah Sedia Bergelar Isteri

Bersedia menamatkan zaman bujang pada bila-bila masa, pelakon Mimi Lana enggan meletakkan sasaran waktu untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Mimi atau nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, dia percaya perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baiknya dan menerima jika ditakdirkan jodoh tiba dalam masa terdekat.

“Perancangan kahwin tak ber4ni la nak cakap benda itu sebab kita ni hanya mampu merancang sahaja… benda tak jadi lagi kan, InsyaAllah kalau dah sampai masa kita akan beritahu semua orang.

“Saya bersedia sahaja. Saya percaya perancangan Tuhan, kalau dah sampai waktunya kita tak boleh menidakkan, jadi saya memang dah bersedia.

“Soal jodoh ini kerja Tuhan, kalau saya letak sasaran waktu tapi jodoh tu tak sampai pun tak boleh juga. Kalau dah tertulis jodoh, esok pun saya boleh kahwin,” katanya kepada mStar.

Barisan pelakon drama ekslusif WeTV Original, Villa Kristal.

Mimi ditemui semasa pelancaran drama eksklusif WeTV, Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Mimi berkata dia tidak akan merahsiakan berita baik itu dan akan berkongsi dengan peminat apabila tiba masanya.

Saya tak rasa akan sorokkan benda itu (perkahwinan), kalau betul-betul dah nak jadi kami akan beritahu semua orang.

MIMI LANA

PELAKON

“Saya tak rasa akan sorokkan benda itu (perkahwinan), kalau betul-betul dah nak jadi kami akan beritahu semua orang.

“Saya ikut sahaja apa yang akan berlaku, apabila tiba masanya, kami akan beritahu kepada semua, tengoklah macam mana keadaan itu nanti,” ujarnya.

Mimi pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Syafiq Kyle.

Pada September tahun lalu, perkongsian foto Mimi Lana duduk di atas pelamin dengan tangan dihiasi inai mengundang ribuan komen serta ucapan tahniah daripada rakan selebriti yang menyangka dia sudah dirisik kekasihnya aktor Syafiq Kyle.

Mimi bagaimanapun menjelaskan itu bukanlah majlis perkahwinannya, sebaliknya hanya menghadiri hari bahagia saudara terdekat.

Sebelum ini, hubungan cinta pasangan itu pernah dikatakan putus pada Mei 2020 selepas lima tahun melayari bahtera cinta.

Biarpun tidak menyatakan secara rasmi kembali bercinta, namun menerusi beberapa perkongsian Mimi di Instagram bagaikan mengesahkan cinta mereka bertaut semula.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-duanya masih mengunci mulut dan tidak terbuka bercerita mengenai perhubungan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Akan Kongsi Apabila Tiba Masa, Mimi Lana Sudah Sedia Bergelar Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*