“Orang sekeliling mula bertanya..” -Lima bulan berkahwin, Remy Ishak mula fikir soal anak

LIMA bulan mendirikan rumahtangga, pelakon Remy Ishak berkata pertanyaan orang sekeliling tentang zuriat menyebabkan dia mula terfikir tentang cahaya mata.

Bagaimanapun, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 40, memberitahu dia dan isteri kini sibuk dengan kerjaya dan belum pernah berbincang soal anak.

“Apabila kembali bekerja, orang sekeliling mula bertanya dan membuatkan saya terfikir hal anak.

“Saya tanya kepada diri sendiri, sibuk sangat ke saya bekerja?

“Bagaimanapun saya dan isteri lebih fokus pada kerjaya masing-masing. Kami pun tak pernah bercakap tentang hal ini,” kata Remy kepada mStar.

Remy bernikah dengan ahli perniagaan Roszaliza Yusoff atau Ezza pada Ogos 2021.

Apabila kembali bekerja, orang sekeliling mula bertanya dan membuatkan saya terfikir hal anak.

REMY ISHAK

PELAKON

Selain itu, Remy juga berkata, kesibukan bekerja juga menyebabkan mereka belum sempat berbulan madu.

Malah perancangan untuk mengerjakan umrah turut tertangguh disebabkan beberapa kekangan.

“Selepas bernikah tak dapat nak honeymoon sebab ketika itu sekatan pergerakan ke luar negara.

“Begitu juga dengan perancangan umrah. Awalnya nak ke sana tak boleh sebab belum lengkap v4ksin.

“Sekarang perjalanan ke umrah kembali disekat. Kami juga sibuk dengan kerja.

“Belum ada rezeki untuk honeymoon, umrah dan memilik cahaya mata,” ujarnya.

masked21

Remy bakal menjadi juri TMSM musim kedua.

Remy ditemui ketika majlis sidang media program The Masked Singer Malaysia (TMSM) di VE Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Musim kedua ini Remy sekali lagi diberi tanggujawab sebagi juri bersama lapan orang selebriti lain.

“Gementar juga dipanggil untuk jadi juri musim kedua, tetapi melihat kepada musim pertama ia satu program tang sangat seronok. Kami bagaikan satu keluarga.

“Rancangan ini wujudkan satu sisi lain dalam diri saya. Saya rasa lebih tenang, ceria dan suka untuk berkongsi,” jelasnya.

TMSM akan bersiaran setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 28 Januari di saluran Astro Warna HD.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Orang sekeliling mula bertanya..” -Lima bulan berkahwin, Remy Ishak mula fikir soal anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*