Buat Cover Lagu P. Ramlee Dn Saloma, Suara Nur Amira Dipuji Bak ‘Buluh Perindu’

Gara-gara perwatakan lembut dan mudah tersenyum, siapa sangka gadis cantik berasal dari Pulau Pinang ini pernah menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu susulan bakat luar biasanya mahir bermain dram.

Meskipun tidak pernah menghadiri kelas muzik secara formal dan berpandukan laman YouTube saja, Nur Amira Syahira bukan saja meraih banyak kejayaan malah pernah membuat persembahan di pentas antarabangsa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Amira Syahira (@amiradrummer)

Nur Amira Syahira cvri tumpuan cover lagu P. Ramlee & Saloma

Meskipun aktiviti seninya kini tidak serancak dahulu, tapi gadis berusia 19 tahun ini kerap memuat naik persembahan cover lagu di laman media sosial seperti Facebook dan YouTube miliknya. Baru-baru ini pula, Nur Amira mencvri perhatian ramai menerusi lagu ‘Gelora’ yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Saloma.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Amira Syahira (@amiradrummer)

Tak sangka alunan suara klasik tambat jiwa ramai

Tatkala artis BBNU lain seusianya sibuk bereksperimen dengan elemen muzik yang lebih futuristik, namun percaturan bekas juara ‘Ceria All Stars’ musim pertama ini untuk mengetengahkan irama klasik nyata berbaloi.

Tanpa disangka-sangka, alunan suara Nur Amira cukup sesuai menyanyikan lagu sedemikian sekali gus menggamit nostalgia muzik yang popular pada era 70-an dan 80-an.

Suara buluh perindu, macam orang dulu gemersik sangat…makin mantap nyanyian Amira

Bukan saja meraih lebih seribu perkongsian, malah ruangan komen video lagu cover tersebut dibanjiri pelbagai reaksi positif netizen di laman Facebok.

Terpukau dengan persembahannya, mereka turut menyifatkan kualiti nyanyian Amira semakin mantap bak ‘buluh perindu’.

 

Sumber:FB Nur Amira Syahira & IG amiradrummer

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber :www.dnq.pw

Be the first to comment on "Buat Cover Lagu P. Ramlee Dn Saloma, Suara Nur Amira Dipuji Bak ‘Buluh Perindu’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*