‘ Isteriku Dunia Akhir4t ’ – Ucapan Puitis Jalaludin Hassan Buat Isteri, Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-50

Nama Dato Jalaludin Hassan sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Hal ini kerana namanya sering tertera dalam barisan pelakon yang hebat dan lakonannya juga tiada kurangnya, memang terbaik !

Baru-baru ini pelakon veteran ini telah  meluahkan ucapan istimewa buat isteri tercinta , Rapidah Abd Ghani di laman akaun Instagram peribadi miliknya. Sweetnya!

Menurut Jalaludin Hassan, dia tidak pandai meluahkan isi hati secara realiti jika dibandingkan dalam dunia lakonan. Oleh itu, pelakon filem ‘Pulang’ ini mengambil kesempatan yang ada untuk meluahkan ucapan istimewa buat isteri tercinta sempena ulang tahun kelahiran yang ke-50.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jalaludin Hassan (@jalaludinhassan)

Ujar Jalaludin, dia mendoakan agar isterinya itu dikurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, dimurahkan rezeki, keikhlasan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah.Happy birthday sayang. Isteri ku dunia akhir4t.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen menyatakan Dato Jalaludin Hassan seorang yang sangat romantik dan sentiasa tersenyum apabila bersama isteri tercinta. Netizen turut mendoakan pasangan ini sentiasa sihat dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "‘ Isteriku Dunia Akhir4t ’ – Ucapan Puitis Jalaludin Hassan Buat Isteri, Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-50"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*