16 Tahun Setia Berkhidmat, Majikan Seb4k Pekerja Bangl4desh Akhirnya Nak Balik Kampung

Pandangan negatif sesetengah orang tentang pekerja warga asing dari negara-negara kelas ketiga sering kali kita dengar sejak dari dahulu.

Namun begitu, bukan semua daripada mereka datang ke negara kita untuk tujuan tidak baik kerana kebanyakkan  daripada mereka hadir demi mencari rezeki buat keluarga yang jauh beribu batu.

Pulang ke negara asal

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang majikan yang dikenali sebagai Sufi Amin apabila memuat naik luahan sebaknya perlu berpisah dengan salah seorang pekerja warga Bangladesh yang setia dengannya selama 16 tahun bekerja dalam bidang ubah suai rumah dan pembinaan.

BERAKHIR SUDAH PERMIT KERJA.

Esok 14 JANUARI 2022, sy akan kehilangan seorang pekerja yg paling setia dalam bidang ubahsuai rumah dan pembinaan PAKAR Ubahsuai RUMAH 2022 .dia juga banyak support kerja2 kanopi saya , Kanopi KING KL -Sewa Khemah & Canopy KL 2022- .permit beliau tamat bulan ini dan tidak boleh disambung lagi atas faktor umur.

AKU MINTA KAU HALALKAN TITIK PELUH KAU BERSAMA AKU.HALALKAN ILMU YANG TELAH KAU BERI PADA AKU.

memang aku engineer,tapi atas kertas,di atas tapak,kaulah engineer yg sbenar.masa muda aku banyak aku habiskan untuk menuntut ilmu dari dia.skarang ilmu itu aku akan gunakan untuk semua orang.

terima kasih utk 16 tahun bersama aku dalam susah dan senang.semoga kau akan bahagia bersama keluarga tercinta.anak dia dari kecik aku hantar duit belanja tambahan,sekarang anak dia cikgu sekolah di bangladesh.anak dia akan berkahwin bulan 4 ni.alhamdulillah.

belum pernah aku biarkan dapur diorang xberasap.sentiasa akan ada makanan dan paling pntg,respek mesti mau ada.

AKU BANGGA,WALAU KITA KULI,TAPI JIWA KITA SAMA.JIWA ORANG SUSAH.

Tak boleh sambung permit atas faktor umur

Menurutnya, pada 14 Januari 2022 dia akan menghantar pulang pekerjanya itu ke lapangan terbang kerana dia akan pulang terus ke negara asalnya selepas permit sebagai pekerja di negara ini tidak dapat disambung lagi atas faktor usia.

Disebabkan itu, Sufi sangat menghargainya kerana menganggap seperti guru walaupun diatas kertas dia adalah seorang jurutera, namun sepanjang berbelas tahun bekerja bersama, pekerja tersebut banyak mengajarnya tentang bidang yang mereka sama-sama lakukan.

Anak pun ada yang sudah bergelar guru di Bangladesh

Paling mengharukan apabila lelaki berkenaan memaklumkan yang hasil gaji setiap bulan pekerja itu dihantar ke kampung untuk membesarkan anak-anak dan sekarang ada diantara mereka sudah bergelar guru dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Sufi juga menulis meminta agar pekerjanya itu menghalalkan segala keringat dan ilmu yang telah dicurahkan kepada syarikat berkenaan kerana jasa serta baktinya sangat tidak ternilai.

Tahniah bro! Sama2 kita mudahkan urusan orang

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa sebak dengan luahan dan kata-kata penghargaan seorang majikan kepada pekerjanya yang setia walaupun bukan warganegara tempatan.

Mereka juga memuji tanggungjawab pengguna Facebook berkenaan yang sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanajng 16 tahun pekerja itu berkhidmat untuk syarikatnya.

Buat baik dibalas baik

Sedih baca luahan abang. Memang pengalaman tak boleh dibandingkan dengan duit

 

Sumber: OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://printlyrics.net

Be the first to comment on "16 Tahun Setia Berkhidmat, Majikan Seb4k Pekerja Bangl4desh Akhirnya Nak Balik Kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*