Pelajar engineering tular selepas ‘terb0ngkar’ asal dari Kelantan, pandai cakap Thai! Dulu ‘live’ guna bahasa baku sambutan biasa je

SIBUK dengan tugasan, namun pelajar bidang Kejuruteraan Kim1a ini sempat mencvri masa untuk mencari pendapatan sampingan.

Menurut Nurul Hanan, 21, yang juga penuntut Universiti Kuala Lumpur (UnikL) Melaka, dia mula berniaga produk kosmetik sejak setahun lalu kerana enggan menyusahkan kedua ibu bapanya.

Bercerita lanjut, dia yang senang disapa Nan mendedahkan mula menimba pengalaman dalam bisnes sejak zaman sekolah dan minat itu masih menebal sehingga ke hari ini.

“Masa zaman sekolah dulu, saya pernah berniaga coklat. Saya memang suka berniaga. Sejak tahun 2021, saya mula berniaga produk kecantikan pula.

“Pertamanya saya nak cari pengalaman, juga nak cari pendapatan sampingan untuk tampung perbelanjaan harian.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Pada saya, pengajian adalah keutamaan. Bisnes pula buat secara sambilan, saja suka-suka. Kita pun tak tahu sama ada akan dapat kerja atau sebaliknya lepas tamat belajar.

“Jadi, bisnes yang dilakukan sekarang boleh jadi pengalaman. Dengan bisnes, kita juga dapat belajar cara urus masa, cara urus wang serta kemahiran komunikasi dengan orang,” ujarnya.

nan2

Nan merupakan pelajar bidang Kejuruteraan Kim1a.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia menggunakan platform TikTok untuk berkongsi mengenai produk yang ditawarkan olehnya.

Malah, Nan turut berkongsi video-video bermanfaat lain seperti tutorial tudung, kaedah merawat jerawat, masalah gigi dan sebagainya untuk mendekatkan lagi diri dengan penonton dan pelanggan.

Agak terkejut bila video saya cakap Thailand dan Kelantan dapat perhatian ramai.

NAN

“Bukan setiap hari saya buat content. Tapi platform TikTok lebih meluas untuk saya jalankan perniagaan. Selain promosi bisnes, saya juga selang-seli dengan content lain agar orang tak bosan.

“Saya bersyukur dapat mula bisnes pada usia muda. Mula-mula buat sebagai pendapatan sampingan saja, tapi makin lama makin dapat sambutan. Dapat pelanggan baharu, jualan pun OK.

“Kadang-kadang saya upah adik-beradik untuk tolong pos barang. Alhamdulillah, seronok dapat memberi untuk keluarga,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Baru-baru ini, video memaparkan Nan bercakap dalam dielek negeri kelahirannya turut tular dan mendapat perhatian ramai.

nan2

Video Nan bercakap bahasa Thailand tular di TikTok.

Jelas Nan, mungkin sebelum ini dia banyak menggunakan bahasa baku agar penyampaiannya lebih senang difahami semua orang, sekali gus membuatkan ada yang tidak tahu akan asal-usulnya.

Selepas video bercakap dalam dialek Kelantan, satu lagi video memaparkan Nan bertutur dalam bahasa Thailand turut tular dan meraih lebih 700,000 tontonan.

“Mak saya orang Kelantan, ayah pula dari Thailand. Dulu-dulu, kami akan pulang ke Thailand setiap kali raya. Dari situ saya mula belajar. Saya cuba dengar, fahami dan cuba ikut.

“Agak terkejut bila video saya cakap Thailand dan Kelantan dapat perhatian ramai. Mungkin mereka tak tahu saya dari Kelantan. Mungkin lepas ni saya akan hasilkan content berkaitan bahasa, sebab ramai yang suka. Saya juga boleh bertutur bahasa Arab sikit-sikit,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Pelajar engineering tular selepas ‘terb0ngkar’ asal dari Kelantan, pandai cakap Thai! Dulu ‘live’ guna bahasa baku sambutan biasa je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*