Dulu Nikah PKP, Aafiyah Tak Lepas T4ngan Iring Pengasuh Sanding Teng4h S4rat Raih Pujian Ramai

Pejam celik dah hampir 4 tahun usia cahaya mata sulung kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sejak dari bayi lagi, keletah Siti Aafiyah bersama pengasuhnya iaitu Dayah Zubit sering menjadi perhatian ramai. Namun semenjak berkahwin, wanita tersebut tidak lagi menguruskan si kecil berkenaan.

Majlis nikah ringkas sehari sebelum lockdown, dan terus ikut suami balik Terengganu

Terdahulu, Dayah telah pun melangsungkan perkahwinan bersama seorang pemain sayap pasukan bola Terengganu FC II (TFC II), Mohammad Ridzuan Razali dengan penuh ringkas di Pejabat Agama Seberang Perai Utama pada 31 Mei lalu. Sejurus akad nikah, wanita berkenaan yang berusia 26 tahun terus mengikuti suaminya pulang ke Terengganu.

Belum sempat buat majlis sanding, umum dah hamil September lalu

Gara-gara total lockdown, Dayah dan suami belum berkesempatan merencanakan majlis persandingan. Sehinggalah wanita tersebut mengumumkan sudah pun hamil di trimester kedua September lalu. Terbaru semalam, pasangan berkenaan telah melangsungkan satu majlis doa selamat untuk kandungan sekaligus mengambil peluang untuk bersanding.

Aafiyah paling excited, tak lepas pegang tangan kakak…Happy sangat dapat jumpa balik

Namun paling menarik perhatian adalah gelagat Siti Aafiyah yang cukup teruja dan tidak mahu melepaskan pegangan tangan bersama ‘kakaknya’ itu. Malah kanak-kanak tersebut kelihatan sangat gembira dapat bertemu dan meluangkan masa bersama bekas pengasuhnya berkenaan. Dalam majlis itu juga, TokTi turut menghadiahkan sebuah lagu romantis sebagai hadiah kepada pasangan tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber: Instagram Dayah Zubit 

Be the first to comment on "Dulu Nikah PKP, Aafiyah Tak Lepas T4ngan Iring Pengasuh Sanding Teng4h S4rat Raih Pujian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*