“Padan Muka! Ni Baru Permulaan..”- Kepala Kratik ‘Ditunj4l’ Sahabat Tangmo, Buat Netizen Puas Hati

KEMATIAN pelakon Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen hingga timbul pelbagai spekulasi di media sosial.

Terbaharu, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kem4tian aktres itu disebabkan kemal4ngan.

Untuk rekod, m4yat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lem4s.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lem4s kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Sudah tiga hari berlangsungnya upacara pemakaman mendiang pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida yang berlangsung 12 Mac hingga 14 Mac lalu. Upacara berkenaan diadakan di Gereja Liberty Bangkok, Thailand.

Ketika upacara berkenaan, pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik juga kelihatan hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat mendiang majikannya itu.

Rakan baik tunjal kepala Kratik

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Hannana, memaparkan ‘babak’ yang membuatkan ramai netizen berpuas hati kerana kepala Kratik ditunjal oleh salah seorang rakan baik Tangmo

Kratik dimarahai oleh sahabat Tangmo ketika upacara pemakaman hari terakhir Tangmo hari ini.

Di dalam video berkenaan turut memperlihatkan individu tersebut ‘menolak’ kepala Kratik dengan menggunakan jarinya sambil memarahinya.Kratik dilihat seperti ingin mempertahankan dirinya selepas dimarahi oleh rakan baik Tangmo.

Difahamkan, upacara pembakaran mayat selebriti terkenal itu yang sepatutnya dilakukan hari ini ditunda secara rasmi kerana ibu Tangmo mengarahkan pihak forensik untuk melakukan bed4h si4sat untuk kali kedua.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 29 saat itu meraih lebih tiga juta tontonan dan mendapat lebih 295 ribu tanda suka di TikTok.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bintang Bumi Indonesia (@bintangbumiindonesia)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan rakan baik Tangmo itu. Malah ada juga di antara mereka berharap agar ada keadilan terhadap kes kem4tian Tangmo.

Kalau aku mar4h weh..

Kratik men4ngis depan gambar Tangmo

Memetik laporan media Thailand, Kratik yang mengenakan busana berwarna putih telah hadir ke upacara tersebut sambil membawa jambangan bunga.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan Kratik dengan wajah yang sedih telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang majikan yang juga merangkap rakan baiknya.

Kratik dikatakan tidak dapat menahan sebak dan menangis saat menatap gambar mendiang sebelum ditenangkan oleh rakan-rakan yang lain.

Kratik juga ada menulis satu nota buat mendiang yang diselitkan pada jambangan bunga tersebut.

Menurut sumber daripada wartawan yang bertugas, hasil pemerhatian jambangan bunga yang diberikan Kratik, mereka menemui sepucuk surat yang bertulis:

Mo, saya rindu awak. Rindu sangat-sangat. Syukur kerana Tuhan mempertemukan kita.

Hampir 20 tahun kita berkawan dan hidup bahagia bersama-sama. Saya syukur kerana hadir dalam hidup awak.

Awak juga sentiasa ada dalam hidup saya, kita berkongsi suka, duka, gelak tawa bersama-sama. Hubungan kita berdua lebih daripada seorang sahabat dan kita sudah menjadi satu keluarga.

Awak akan kembali kepada Tuhan hari ini. Senyuman dan gelak tawa awak sentiasa ada dalam hati saya. Maaf kerana tak dapat jaga awak dengan sebaiknya.

Menurut sumber, Kratik telah hadir ke upacara pemakaman tersebut lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. Dia berada di upacara tersebut hampir 15 minit sebelum beredar.

Difahamkan, pihak media cuba untuk menemu bual Kratik dengan mengajukan soalan sama ada Por dan rakan-rakannya (individu di dalam bot) akan datang ke upacara ini atau tidak.

Tetapi wanita itu langsung tidak memberikan apa-apa respon dan terus meninggalkan perkarangan gereja tersebut.

Selain Kratik, ibu mendiang iaitu Panida Siriyudthayothin turut hadir ke upacara pemak4man yang berlangsung sebentar tadi.

Panida juga merupakan salah seorang individu yang akan membacakan ucapan penghormatan terakhir kepada anak perempuannya itu.

Panida juga mend4kwa keadaan kesihatannya sudah beransur pulih.

 

Sumber: ohbulan dan redaksi.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://printlyrics

Be the first to comment on "“Padan Muka! Ni Baru Permulaan..”- Kepala Kratik ‘Ditunj4l’ Sahabat Tangmo, Buat Netizen Puas Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*